Skip to main content

Malaysia

Kerajaan laksana pemeriksaan 100 peratus penerbangan ke destinasi berisiko dadah

Saifuddin Nasution ketika menghadiri acara PDRM Fun Run 2026 di Dataran Merdeka pada Ahad. -Foto Bernama
Saifuddin Nasution ketika menghadiri acara PDRM Fun Run 2026 di Dataran Merdeka pada Ahad. -Foto Bernama

Ringkasan AI

  • Kerajaan melaksanakan pemeriksaan 100 peratus terhadap penumpang dan bagasi bagi penerbangan ke destinasi yang dikenal pasti sebagai sasaran penghantaran dadah.
  • Langkah ini bertujuan mengenal pasti serta mengekang kegiatan penyeludupan dadah melalui laluan udara di pintu masuk negara.
  • Fasa kedua usaha ini melibatkan penambahan dan pemodenan peralatan pengesanan di semua pintu masuk negara untuk memperkukuh kawalan sempadan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan pemeriksaan 100 peratus terhadap penumpang dan bagasi bagi penerbangan ke destinasi yang dikenal pasti sebagai sasaran penghantaran dadah dalam usaha memperketat kawalan di pintu masuk negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu bertujuan mengenal pasti serta mengekang kegiatan penyeludupan dadah melalui laluan udara.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan destinasi berkenaan.

Advertisement

Menurut beliau, setiap penerbangan yang menuju ke destinasi berisiko itu akan menjalani pemeriksaan menyeluruh melibatkan penumpang dan bagasi.

"Jadi, penerbangan yang menuju ke destinasi itu akan menjalani pemeriksaan 100 peratus terhadap bagasi dan penumpang," katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri PDRM Fun Run 2026 di Dataran Merdeka pada Ahad.

Saifuddin Nasution berkata usaha memperkukuh kawalan itu kini memasuki fasa kedua dengan tumpuan terhadap penambahan serta pemodenan peralatan pengesanan di semua pintu masuk negara.

Menurut beliau, langkah berkenaan bertujuan memperkukuh mekanisme kawalan sempadan bagi membendung penyeludupan dadah dengan lebih berkesan.

Must Watch Video

Advertisement