Timbalan Menteri Pertahanan Jen Udomdej Sitabutr menasihati penduduk di selatan Thailand agar tidak panik berikutan beberapa kejadian serangan bersenjata terhadap pasukan keselamatan dalam tempoh beberapa hari lepas.
Dalam kejadian awal pagi semalam, kira-kira 30 lelaki bersenjatakan senapang dan bom buatan sendiri melancarkan serangan terancang terhadap sebuah pos tentera dan polis di pekan Kroh Pinang di Yala, yang mengakibatkan 12 anggota pasukan keselamatan cedera.
Kejadian semalam adalah susulan kepada satu lagi serangan nekad oleh sekumpulan lelaki bersenjata terhadap Balai Polis Ranget, Narathiwat beberapa hari sebelumnya, yang menyebabkan seorang pegawai polis maut dan lima cedera.
"Kami minta orang ramai supaya usah panik. Biarpun ada serangan terbaru itu,
keadaan di selatan Thailand secara menyeluruh kini beransur baik," kata Udomdej kepada media hari ini mengenai keganasan terbaharu di wilayah itu.
Udomdej, yang juga mengetuai "Kabinet Hadapan" mengenai selatan Thailand, berkata walaupun keganasan berlaku dari semasa ke semasa, tetapi pasukan keselamatan menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.
Kerajaan membentuk "Kabinet Hadapan" akhir tahun lepas yang turut dianggotai agensi yang menangani isu berkaitan pembangunan, tenaga kerja, pendidikan dan ekonomi, bagi menangani secara berkesan masalah di selatan Thailand.
Menurut Udomdej, badan khas itu akan mengatasi masalah ekonomi di selatan negara ini dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka.
"Sekiranya kami berjaya dalam bidang ekonomi, akhirnya, ia akan membawa kepada keamanan di wilayah ini," katanya.
Konflik yang berlarutan selama bertahun-tahun antara kerajaan dan kumpulan militan di empat wilayah di selatan Thailand meragut lebih 6,000 nyawa orang awam dan anggota pasukan keselamatan.
Kerajaan Thailand dan Mara Patani (Majlis Syura Patani), badan induk yang mewakili beberapa kumpulan di selatan Thailand, terlibat dengan proses damai yang diatur Malaysia.
Bulan lepas, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan "Zon Keselamatan" atau kawasan babas daripada keganasan di wilayah selatan, walaupun lokasi sebenarnya masih dirunding. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Dalam kejadian awal pagi semalam, kira-kira 30 lelaki bersenjatakan senapang dan bom buatan sendiri melancarkan serangan terancang terhadap sebuah pos tentera dan polis di pekan Kroh Pinang di Yala. - Gambar fail
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei
Ikuti kupasan Penganalisis Politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei.
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Pemerasan RM1.25 juta: Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.