Skip to main content

Dunia

Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian

41691744597_TBBANGLADENGGI.jpg
DHAKA: Bangladesh melaporkan 1,291 kes denggi baharu dan enam lagi kematian pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Direktorat Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes denggi meningkat kepada 301,225, manakala angka kematian mencecah 1,549 sejak Januari tahun ini.

Jumlah itu termasuk 201 kematian pada bulan ini.

Menurut angka yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 dijangkiti penyakit itu bulan lalu.

Bangladesh mengalami peningkatan tertinggi kes denggi pada September dengan 79,598 jangkitan baharu, manakala 396 kematian dilaporkan.




Advertisement

Must Watch Video