Skip to main content

Dunia

Bangladesh dalam keadaan waspada menjelang ulang tahun kedua penyingkiran Hasina

41721359837_DhakaBangladesh.jpg
Hasina meletakkan jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos 2024 berikutan protes berterusan selama beberapa minggu yang diterajui oleh golongan pelajar. - Gambar fail
Advertisement

HYDERABAD: Bangladesh kekal dalam keadaan berwaspada bagi menangani sebarang potensi gangguan ketenteraman oleh penyokong bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, ketika negara itu bersiap sedia memperingati ulang tahun kedua penyingkirannya menerusi kebangkitan yang dipimpin golongan pelajar.

"Semua langkah yang perlu telah diambil bagi memastikan persekitaran yang aman dan selamat di seluruh negara menjelang 5 Ogos," kata Menteri Dalam Negeri Salahuddin Ahmed seperti yang dilaporkan agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) pada Isnin.

Beliau berkata agensi risikan dan penguatkuasaan undang-undang sedang memantau aktiviti organisasi yang diharamkan serta kumpulan tertentu yang beroperasi dari luar negara.

Hasina meletakkan jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos 2024 berikutan protes berterusan selama beberapa minggu yang diterajui oleh golongan pelajar.

Beliau dijatuhi hukuman mati in absentia (tanpa kehadiran) oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa Bangladesh berhubung peranannya dalam tindakan keras terhadap protes berkenaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga 1,400 orang terkorban dalam rusuhan itu.

Bangladesh telah memohon ekstradisi Hasina dari India.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement