DHAKA: Bangladesh pada Ahad mempertahankan projek perintis untuk menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar, dengan memberi jaminan bahawa mereka akan dibawa balik jika mereka berasa tidak selesa di Rakhine atau projek itu gagal.
Pelarian Rohingya balik ke sana secara sukarela, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Menteri Hal Ehwal Luar Bangladesh, Shahriar Alam, kepada pemberita di Dhaka.
"Ini adalah proses percubaan, tiada penghantaran pulang dalam jumlah yang besar. Rohingya akan dihantar ke Rakhine untuk memantau keadaan.
"Jika mereka berasa tidak selesa, ada peluang untuk membawa mereka kembali. Dalam kes itu, kita tidak nampak hujah untuk menentangnya," katanya.
Kenyataan terbaharu oleh pihak berkuasa Bangladesh itu bertujuan untuk menangani kebimbangan global dan gesaan supaya projek perintis yang sedang dijalankan bersama oleh Bangladesh dan Myanmar yang diusahakan China, digantung.
Pelarian Rohingya di kem Bangladesh sudah menyatakan kebimbangan terhadap penghantaran pulang secara paksa dan tiada perubahan dalam kehidupan mereka selepas dihantar pulang ke Rakhine tanpa hak kewarganegaraan, menurut laporan itu.
Bangladesh dan Myanmar melancarkan projek untuk menghantar pulang kira-kira 1,100 pelarian.
Hampir 1.2 juta Rohingya tinggal di Bangladesh, kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras tentera yang kejam di Rakhine pada Ogos 2017.
Walaupun majoriti masih berada di kem-kem yang sesak di daerah selatan Cox's Bazar, kira-kira 30,000 telah dipindahkan ke pulau Bhasan Char sejak lewat tahun 2020.
Alam berkata komennya adalah sebagai tindak balas kepada bantahan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap projek perintis itu dan proses sedang dijalankan untuk melibatkan PBB.
Beliau berkata walaupun belum ada perjanjian bahawa Rohingya akan dihantar pulang dengan sijil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), "mereka telah dimaklumkan tentang usaha kami."
Beliau juga membantah kenyataan yang dibuat oleh Tom Andrews, Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar.
Alam berkata Andrews melawat Cox's Bazar baru-baru ini dan memberikan kenyataan mengenai projek perintis itu, namun perkara yang dikatakan dan bahasa yang dia gunakan "memperkecilkan dan tidak menghormati usaha kami. Kami akan melaporkan perkara itu kepada PBB."
Andrews pada Khamis berkata Bangladesh mesti menggantung serta-merta projek perintis penghantaran pulang pelarian Rohingya kembali ke Myanmar, dengan kemungkinan mereka menghadapi risiko serius terhadap nyawa dan kebebasan mereka.
Bulan lepas, pegawai Bangladesh membawa 20 pelarian Rohingya melawat kem penempatan semula di negeri Rakhine Myanmar untuk menilai keadaan bagi mereka kembali, namun berakhir dengan delegasi Rohingya menyatakan kebimbangan mereka terhadap rancangan itu.
Kumpulan hak asasi antarabangsa termasuk Pemerhati Hak Asasi Manusia menyokong bantahan terhadap cadangan itu, menggesa kerajaan penderma dan Amerika Syarikat menghentikan sebarang penghantaran pulang Rohingya sehingga syarat ditetapkan untuk pemulangan yang selamat dan berkekalan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Pelarian Rohingya di kem Bangladesh sudah menyatakan kebimbangan terhadap penghantaran pulang secara paksa dan tiada perubahan dalam kehidupan mereka selepas dihantar pulang ke Rakhine tanpa hak kewarganegaraan. -Gambar fail/Bernama
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.