awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh, Pakistan adakan perbincangan peringkat Setiausaha Luar buat kali pertama dalam 15 tahun

Bernama
Bernama
18/04/2025
00:30 MYT
Bangladesh, Pakistan adakan perbincangan peringkat Setiausaha Luar buat kali pertama dalam 15 tahun
Jashim Uddin (kanan) berjabat tangan dengan Amna Baloch ketika mesyuarat dua hala mereka di Dhaka, 17 Apr 2025. (Foto Kementerian Luar Bangladesh via AP)
NEW DELHI: Bangladesh dan Pakistan kembali mengadakan rundingan peringkat setiausaha luar selepas terhenti selama 15 tahun, susulan kesediaan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala.
Setiausaha Luar Bangladesh Mohammad Jashim Uddin dan rakan sejawatnya dari Pakistan Amna Baloch mengetuai sesi Konsultasi Pejabat Luar di Dhaka pada Khamis.
Pencapaian diplomatik ini berlaku selepas pembentukan kerajaan sementara di Bangladesh tahun lepas berikutan kebangkitan rakyat yang menamatkan kepimpinan Sheikh Hasina sebagai perdana menteri.
Baloch disambut oleh Ketua Pengarah Unit Asia Selatan Kementerian Luar Bangladesh, Ishrat Jahan sejurus ketibaannya di Dhaka pada Rabu.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar dijadual mengadakan lawatan ke Dhaka akhir bulan ini, yang merupakan lawatan pertama dari Pakistan ke Bangladesh sejak 2012.
Menurut media Bangladesh, kedua-dua negara kini telah dihubungkan melalui perkhidmatan penghantaran barangan secara langsung, dan hubungan penerbangan turut sedang dipertimbangkan.
Antara keutamaan utama ialah meningkatkan perdagangan barangan, hubungan kebudayaan dan kerjasama diplomatik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#perbincangan
#setiausaha luar
#Pakistan
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan