awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir dan tanah runtuh di Indonesia, 13 terbunuh

AFP
AFP
17/02/2013
11:44 MYT
Banjir dan tanah runtuh di Indonesia, 13 terbunuh
Tiga belas orang terbunuh di Indonesia berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat.
Menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata banjir dan tanah runtuh yang melanda ibu kota wilayah Sulawesi Utara, Manado awal Ahad menyebabkan 10 terbunuh dan 1,200 yang lain terpaksa dipindahkan.
Tiga penduduk termasuk dua orang remaja lelaki berusia 14 tahun terbunuh apabila mereka dihanyutkan oleh air banjir di daerah Jambi di Pulau Sumatera Sabtu lalu, menurut seorang pegawai bencana tempatan, Dalmanto.
“Hujan lebat yang turun untuk beberapa hari menyebabkan tebing sungai pecah. Kedua-dua remaja lelaki tersebut dibawa oleh arus deras semasa bermandi manda di sungai tersebut," katanya.
“Dan hari ini kami menemui mayat seorang lelaki yang memancing di sebuah terusan.”
Sebelum ini, banjir besar yang melanda ibu kota Jakarta pada Januari lepas menyebabkan 32 maut dan hamper 46,000 terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.
Topic Berkaitan
#13 terbunuh
#banjir
#hujan lebat
#Indonesia
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan