awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Jakarta: Banyak harta benda musnah, lebih 1,000 orang dipindahkan

Agensi
Agensi
20/02/2021
09:35 MYT
Banjir Jakarta: Banyak harta benda musnah, lebih 1,000 orang dipindahkan
Pasukan sukarelawan menyelamatkan warga tua yang terperangkap dalam banjir di sebuah taman perumahan di Jakarta dengan menggunakan bot angin. - Reuters
JAKARTA: Banjir teruk yang berpunca daripada musim monsun yang melanda Jakarta pada Sabtu memaksa lebih 1,000 orang meninggalkan kediaman mereka, sementara agensi meteorologi memberi amaran situasi itu kekal hingga minggu depan.
Reuters melaporkan, 1,380 penduduk di selatan dan timur Jakarta dipindahkan selepas paras banjir naik sehingga 1.8 meter tinggi di beberapa kawasan, ujar Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jakarta, Sabdo Kurnianto.
Bagaimanapun, tiada kes kehilangan nyawa yang dilaporkan.
Ramai pengguna media sosial memuat naik gambar dan video ke akaun masing-masing, yang menunjukkan penduduk tempatan meredah air bah berlumpur, selain kenderaan-kenderaan yang hampir tenggelam sepenuhnya.
“200 kejiranan terjejas, menurut data terkini. Hujan sudah berhenti, namun air bah dari kawasan lain masih menjejaskan Jakarta.
“Harap-harap banjir ini tidak sapai ke pusat kota dana apabila surut nanti, penduduk boleh kembali ke kediaman masing-masing,” ujar Gabenor Jakarta Anies Baswedan kepada media tempatan pada Sabtu, sambil menambah, lebih 20 pusat pemindahan sementara telah dibuka di seluruh ibu negara Indonesia itu.
Bencana banjir itu hadir ketika Indonesia masih bergelut dengan kes jangkitan dan kematian yang tinggi akibat COVID-19, selain cabaran ekonomi.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) telah mengeluarkan amaran tentang corak cuaca ekstrem untuk tempoh seminggu ke hadapan, termasuk hujan lebat, petir dan angin kencang.
“Ini tempoh kriikal yang kita perlu bersedia. Jakarta dan pinggirannya masih dalam musim hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga penghujung Februari atau awal Mac,” ujar Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati.
Menurut pihak BMKG, Jakarta dalam tempoh berwaspada untuk sekurang-kurangnya empat hari mendatang, dengan data daripada agensi itu menunjukkan hujan lebat selama 24 jam di Pasar Minggu, selatan Jakarta mencatat bacaan 226 milimeter sejak Jumaat.
Topic Berkaitan
#banjir jakarta
#Jakarta
#Indonesia
#bencana banjir
#hujan lebat
#monsun
#penduduk dipindahkan
#angin kencang
#BMKG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan