TEHRAN: Angka kematian akibat banjir kilat yang melanda Iran sejak beberapa hari lalu mencecah 56 orang, dengan amaran cuaca masih dilkeluarkan.
Ketua Operasi Kecemasan di Persatuan Bulan Sabit Merah Iran Mehdi Valipour, memberitahu media tempatan pada Sabtu bahawa kematian bertambah dengan operasi mencari terus dipertingkat, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata banjir berikutan hujan lebat sejak seminggu lalu menjejaskan 20 daripada 31 wilayah di negara itu, termasuk ratusan bandar, pekan dan kampung, di samping merosakkan jalan raya dan lebuh raya utama.
Valipour berkata setakat ini 18 kematian telah dilaporkan daripada Imamzadeh Davood dan 14 daripada Firuzkooh, dengan sekurang-kurangnya 28 orang masih dilaporkan hilang di seluruh negara.
Gabenor Tehran Mohsen Mansuri dalam kenyataan berasingan pada Sabtu berkata sekurang-kurangnya 11 orang telah disahkan meninggal dunia di Firuzkooh, dengan empat yang lain hilang.
Imamzadeh Davood dan Firuzkooh adalah lokasi tarikan popular di kalangan pengembara dan pendaki, selain menempatkan kuil popular yang turut rosak teruk dalam banjir terbaru itu.
Bandar dan daerah bersebelahan Tehran, termasuk Damavand dan Rudehen, juga terjejas teruk akibat banjir, mengalami kerugian akibat kebun dan tanaman pertanian musnah, dan memaksa beribu-ribu orang mengosongkan rumah mereka.
Iran, sebuah negara yang sering mengalami musim kemarau yang panjang, kadang-kala dilanda banjir yang dahsyat, kebanyakannya pada musim panas. Pakar mengaitkannya dengan perubahan iklim.
Pakar meteorologi meramalkan lebih banyak hujan dalam beberapa hari akan datang di bandar-bandar di Iran, dengan pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk mengelak kawasan yang terdedah kepada banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Anggota pasukan penyelamat menjalankan tugas di kawasan banjir di barat laut Tehran, Iran, 28 Julai, 2022. (Foto AP)
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.