awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Perkhidmatan kereta api Hat Yai-Bangkok terjejas

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2022
15:03 MYT
Banjir: Perkhidmatan kereta api Hat Yai-Bangkok terjejas
Laluan kereta api berkenan adalah antara yang menjadi tumpuan pengembara dan peniaga dari Malaysia untuk ke Bangkok. - Gambar/ SRT
PERKHIDMATAN kereta api selatan Thailand dari Bangkok ke Hat Yai terjejas akibat banjir di Hat Yai sejak Ahad, memaksa semua kereta api berhenti di stesen Kuan Niang, menurut State Railway of Thailand (SRT).
Perkhidmatan ke Bangkok dari Hat Yai juga terganggu, lapor Thai PBS World.
Laluan kereta api berkenan adalah antara yang menjadi tumpuan pengembara dan peniaga dari Malaysia untuk ke Bangkok.
Selain itu, Thai PBS World melaporkan, perkhidmatan kereta api dari Hat Yai ke Padang Besar di daerah Sadao kekal digantung, berikutan serangan bom pada 3 Disember ke atas kereta api barang di daerah Sadao, yang merosakkan landasan dengan teruk.
Letupan kedua, berhampiran tempat kejadian serangan pertama Selasa lalu, membunuh tiga pekerja kereta api dan mencederakan empat yang lain.
SRT mengatakan bahawa pembaikan rel yang rosak masih dijalankan dan penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api dari Hat Yai ke Bangkok dinasihatkan untuk menyemak dengan SRT sebelum perjalanan mereka.
Media negara itu melaporkan, hujan lebat dan ribut yang berlarutan memburukkan lagi keadaan banjir di Thailand apabila bilangan isi rumah yang terjejas meningkat kepada lebih 51,000 setakat hari ini.
Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan memaklumkan wilayah yang terjejas termasuk Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Yala, Songkhla, Narathiwat, Pattani, Surat Thani, Satun, Trang, Amnat Charoen, Chanthaburi, Prachin Buri dan Chonburi.
Pada Ahad, sebanyak 15,696 isi rumah dari 305 kampung yang terletak di 33 daerah turut terjejas akibat banjir.
Wilayah Narathiwat antara yang paling teruk dilanda banjir menyaksikan 29,113 isi rumah terkesan setakat ini.
Sehingga kini, tiga kematian dilaporkan di Narathiwat dan menjejaskan sejumlah 11,616 isi rumah di lapan daerah di Songkhla, menurut jabatan itu.
Topic Berkaitan
#Hat Yai
#banjir
#kereta api
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan