SEOUL: Angka korban akibat banjir di Seoul meningkat kepada sembilan orang sekurang-kurangnya, sementara tujuh lagi masih hilang.
Korea Selatan yang dilanda ribut dan hujan lebat bermula Isnin itu menyaksikan banyak rangkaian jalan raya, stesen kereta api bawah tanah dan kediaman ditenggelami air.
Keadaan yang mencetus bencana itu disifatkan yang terburuk sejak sistem pemantauan cuaca Korea Selatan dimulakan sejak 115 tahun lalu, menurut Presiden Yoon Suk Yeol, yang juga memohon maaf atas kesulitan yang dialami rakyatnya.
Kawasan komersial dan hiburan di daerah Gangnam juga tidak terkecuali, apabila banyak kenderaan dilihat separa tenggelam.
Ribuan gambar dan video mula dikongsikan di media sosial, antaranya menunjukkan orang ramai meredah air bah separas pinggang, serta limpahan air yang keluar dari stesen kereta api bawah tanah.
Pada awal Rabu, sekurang-kurangnya lima terkorban di Seoul, serta tiga lagi di Gyeonggi dan seorang di Gangwon, menurut Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan.
Sekurang-kurangnya 17 orang cedera.
Presiden Suk Yeol menggesa kerajaan pusat menawarkan lebih banyak bantuan kewangan dan kerahan tenaga ke bandar raya itu, selain menyegerakan usaha baik pulih.
“Memang benar hujan yang melanda dilihat sebagai cuaca yang tidak normal, namun kami menyedari bahawa kita tidak boleh lagi menggelarkan cuaca sebegitu sebagai ‘tidak normal’.
“Kita kini melihat rekod penerimaan hujan yang baharu, pada bila-bila masa. Kita perlu bersedia untuk berdepan situasi yang lebih buruk,” ujarnya.
Dalam kalangan mangsa korban, tiga orang hilang nyawa akibat terperangkap dalam apartmen separa bawah tanah yang ditenggelami banjir.
Media tempatan melaporkan, tiga mangsa itu merupakan remaja, ibunya dan juga ibu saudaranya.
Seorang mangsa terkorban ketika mengalihkan sebatang pokok yang tumbang merentangi laluan pejalan kaki, dipercayai terkena renjatan elektrik.
Seorang lagi maut apabila tanah runtuh menimbus kediamannya di sebuah kejiranan dekat kawasan pergunungan Gangwon.
Agensi
Wed Aug 10 2022
Keadaan di tebing Sungai Han. Banyak rangkaian jalan raya, stesen kereta api bawah tanah dan kediaman ditenggelami air. - Reuters
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
Banjir Seoul: Angka kematian meningkat, kawasan Gangnam juga terjejas
Banyak rangkaian jalan raya, stesen kereta api bawah tanah dan kediaman ditenggelami air.
Banjir terburuk di Seoul dalam tempoh 80 tahun, sekurang-kurangnya lapan terkorban
Kesan daripada kejutan cuaca itu, banyak jalan raya dan stesen kereta api bawah tanah yang ditenggelami air.