awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank di Jerman terus naikkan caj perkhidmatan - Tinjauan

Bernama
Bernama
20/04/2025
12:52 MYT
Bank di Jerman terus naikkan caj perkhidmatan - Tinjauan
Pada 2021, Mahkamah Persekutuan Jerman menetapkan syarat lebih ketat bagi bank untuk dapatkan persetujuan pelanggan sebelum mengubah terma dan syarat. - Foto: Jens Kalaene
FRANKFURT: Bank-bank di Jerman didapati terus menaikkan caj perkhidmatan secara berterusan, menurut satu tinjauan terbaru terhadap pelanggan bank, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Tinjauan terhadap 1,003 orang dewasa yang dijalankan pada Mac oleh laman perbandingan Verivox mendapati 22 peratus pelanggan bank mengalami kenaikan, sama ada dalam bentuk caj akaun atau yuran bagi pengeluaran kad baharu, debit terus, arahan tetap atau pengeluaran tunai.
Pada 2021, Mahkamah Persekutuan Jerman telah menetapkan syarat yang lebih ketat bagi bank untuk mendapatkan persetujuan pelanggan sebelum mengubah terma dan syarat, termasuk kenaikan caj.
Tinjauan itu juga mendapati kira-kira separuh daripada pelanggan bank masih menikmati perkhidmatan percuma atau hanya perlu membayar yuran tahunan kurang daripada EUR50 (AS$57). Perbankan percuma lazimnya terikat kepada syarat pelanggan membuat deposit berkala.
Sebanyak 22 peratus pelanggan pula dikenakan yuran tahunan antara EUR50 hingga EUR99, manakala 21 peratus lagi membayar lebih daripada jumlah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Jerman
#caj perkhidmatan
#pelanggan
#kenaikan caj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan