awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Dunia: Filipina berhadapan masalah besar akibat perubahan iklim

Bernama
Bernama
09/11/2022
21:15 MYT
Bank Dunia: Filipina berhadapan masalah besar akibat perubahan iklim
Setiap tahun sejak 10 tahun lepas Filipina dilanda taufan yang memusnahkan dan menanggung kerugian tahunan akibat taufan sebanyak 1.2 peratus daripada KDNK negara itu. - Gambar fail REUTERS
MANILA: Perubahan iklim telah menjejaskan kehidupan, harta dan mata pencarian rakyat Filipina dan mungkin menghalang matlamat negara itu untuk menjadi negara berpendapatan sederhana tinggi menjelang 2040, menurut laporan Bank Dunia pada Rabu.
Laporan Iklim dan Pembangunan Negara bagi Filipina memberi amaran bahawa negara kepulauan itu terdedah kepada kenaikan paras laut dengan hampir separuh daripada 110 juta penduduknya yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan pantai.
Kejutan iklim sama ada dalam bentuk kejadian cuaca ekstrem atau trend permulaan perlahan, akan menghalang aktiviti ekonomi, memusnahkan infrastruktur dan mendorong gangguan sosial, lapor Xinhua memetik laporan itu.
Sebagai antara negara yang paling terjejas oleh kejadian iklim melampau, setiap tahun sejak 10 tahun lepas Filipina dilanda taufan yang memusnahkan dengan kerugian tahunan akibat taufan dianggarkan sebanyak 1.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata laporan itu.
Tindakan dasar dan pelaburan terutama untuk melindungi infrastruktur berharga daripada taufan dan menjadikan pertanian lebih berdaya tahan melalui langkah-langkah pintar iklim, boleh mengurangkan dua pertiga daripada kesan negatif iklim ini, kata Naib Presiden Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasifik Manuela Ferro.
"Filipina perlu membuat penyesuaian terhadap risiko perubahan iklim ini kerana tanpa dasar yang bersesuaian ia boleh menjejaskan kos besar daripada segi ekonomi dan manusia, terutama dalam kalangan golongan miskin."
Ia mengesyorkan supaya sistem perlindungan sosial sedia ada di Filipina diperkukuh dan dipertingkat untuk membantu sektor dan kumpulan yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Bank Dunia
#perubahan iklim
#kenaikan paras laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan