awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan makanan untuk Sudan Selatan ditangguh susulan kekurangan dana - WFP

Bernama
Bernama
14/06/2022
14:22 MYT
Bantuan makanan untuk Sudan Selatan ditangguh susulan kekurangan dana - WFP
Menurut pertubuhan kemanusiaan PBB itu, kira-kira AS$426 juta diperlukan bagi memenuhi keperluan enam juta individu pada 2022. - AP
NAIROBI: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa terpaksa menangguhkan bantuan makanan ke Sudan Selatan, berikutan kekurangan dana, lapor Agensi Anadolu.
Keputusan WFP itu akan meningkatkan risiko kebuluran bagi 1.7 juta orang, menurut kenyataan dikeluarkan di Juba, ibu negara Sudan Selatan.
Menurut pertubuhan kemanusiaan PBB itu, kira-kira AS$426 juta diperlukan bagi memenuhi keperluan enam juta individu pada 2022.
Sudan Selatan berdepan "tahun paling sukar" sejak negara itu merdeka pada 2011, dengan lebih 60 peratus rakyatnya bergelut masalah kekurangan makanan, dan keadaan diburukkan lagi dengan krisis di Ukraine serta kemarau berpanjangan.
"Keperluan kemanusiaan lebih banyak berbanding dana yang kami terima tahun ini.
"Jika hal ini berterusan, kita akan menghadapi masalah yang lebih besar pada masa hadapan, termasuk peningkatan kadar kematian, kekurangan zat makanan, masalah tumbesaran dan pelbagai penyakit," kata pemangku pengarah WFP di Sudan Selatan, Adeyinka Badejo.
Menurut penilaian Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) terkini, 7.74 juta orang bakal berdepan krisis kelaparan dari Jun hingga Ogos, dan 1.4 juta kanak-kanak akan mengalami kekurangan zat makanan yang kritikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sudan selatan
#kebuluran
#krisis makanan
#WFP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan