awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan tempatan, antarabangsa tersadai di lapangan terbang

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2013
23:20 MYT
Bantuan tempatan, antarabangsa tersadai di lapangan terbang
Keadaan di Tacloban bandar paling teruk dibadai taufan itu begitu menyayat hati.
Banyak mayat mangsa bencana masih terbiar di kala penduduk ternanti nanti bantuan pihak tempatan dan antarabangsa.
Kira-kira 545,000 penduduk yang terjejas keadaan di Tacloban ibarat padang jarak padang terkukur.
Kelewatan bantuan berpunca daripada kerosakan teruk di lapangan terbang Tacloban.
Sekaligus mengakibatkan pasukan kemanusiaan dan bantuan tersadai di Manila dan lapangan terbang Cebu.
Sementara itu, bantuan yang dihulurkan kerajaan Malaysia bersama Amerika Syarikat dan Singapura telahpun sampai di lapangan terbang terbabit.
Bagaimanapun kekurangan bahan api pula jadi penghalang untuk bantuan terbabit disalurkan kepada penduduk.
Setakat ini jumlah keseluruhan mangsa yang terbunuh akibat Taufan paling kuat melanda Filipina itu adalah seramai 2,357 orang.
Angka terbabit dijangka lebih tinggi memandangkan masih banyak maklumat daripada kawasan lain yang terjejas masih belum dikemaskini.
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Filipina
#taufan Haiyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan