Banyak produk dihalang Israel untuk masuk ke Gaza

Semua bekalan bantuan memasuki Gaza harus melalui pintu Karem Abu Salem yang bersempadan dengan Mesir.
KAHERAH: Hanya sebahagian barangan terpilih dibenarkan memasuki Gaza menerusi pintu sempadan Rafah yang dikawal ketat oleh rejim Zionis.
Ringkasan AI
- Hanya barangan terpilih dibenarkan masuk Gaza menerusi pintu sempadan Rafah yang dikawal ketat oleh rejim Zionis.
- Gencatan senjata antara Israel dan Gaza yang dimeterai sejak 10 Oktober lalu tidak selalu membawa keamanan yang diharapkan.
- Misi kemanusiaan Amal4Gaza telah hantar empat kontena makanan dan gandum ke Gaza serta berikan bantuan kepada lebih 200 keluarga pelarian Gaza yang berada di Mesir.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), Mohammed Muhyi berkata semua bekalan bantuan memasuki Gaza harus melalui pintu Karem Abu Salem yang bersempadan dengan Mesir.
"Secara purata antara 100 hingga 200 trak bantuan dibenarkan masuk ke Gaza setiap hari.
"Sekarang kita hantar bakul makanan, khemah, karavan, pakaian dan selimut tebal, tetapi ada barang tertentu Israel tidak benarkan seperti peralatan perubatan dan beberapa item makanan, misalnya jem.
"Ada juga yang diluluskan, kami mampu bawa masuk bekalan ubatan," ujar Muhyi ketika menerima kunjungan hormat sukarelawan misi Amal4Gaza yang diketuai Zulkifli Baharom dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Norazman Ishak di ibu pejabat ERC di Kaherah.
Misi Amal4Gaza bermula sejak 1 Disember lalu sudah menghantar empat kontena makanan dan gandum ke Gaza bermula Khamis lepas.
Selain itu, bantuan makanan dan wang tunai turut disampaikan kepada lebih 200 keluarga pelarian Gaza yang kini berlindung di Mesir.
Kesemua bantuan ini disalurkan misi Amal4Gaza dengan kerjasama Gazze Destek Organization (GDD) dan Bulan Sabit Merah Mesir.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah purata jumlah trak bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza setiap hari melalui pintu Karem Abu Salem? A: Antara 100 hingga 200 trak bantuan dibenarkan masuk ke Gaza setiap hari melalui pintu Karem Abu Salem.
- Q: Apakah jenis barang tertentu yang Israel tidak benarkan masuk ke Gaza melalui pintu Karem Abu Salem? A: Israel tidak membenarkan peralatan perubatan dan beberapa item makanan tertentu seperti jem masuk ke Gaza melalui pintu Karem Abu Salem.
- Q: Berapakah jumlah kontena makanan dan gandum yang telah dihantar ke Gaza oleh misi Amal4Gaza sejak 1 Disember? A: Misi Amal4Gaza telah menghantar empat kontena makanan dan gandum ke Gaza sejak 1 Disember.
- Q: Siapakah yang mengelola gencatan senjata antara Israel dan Gaza yang dimeterai sejak 10 Oktober? A: Gencatan senjata antara Israel dan Gaza yang dimeterai sejak 10 Oktober dikelola oleh Amerika Syarikat.
- Q: Berapakah jumlah keluarga pelarian Gaza yang menerima bantuan makanan dan wang tunai di Mesir melalui misi Amal4Gaza? A: Lebih daripada 200 keluarga pelarian Gaza yang kini berlindung di Mesir menerima bantuan makanan dan wang tunai melalui misi Amal4Gaza.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

