SEORANG lelaki ditahan polis selepas mendera anaknya berusia tujuh tahun.

Menurut laporan Al Arabiya, kejadian berlaku di Mesir pada 25 Mei lepas.

Lelaki berkenaan didakwa telah mengikat anak lelakinya itu pada sebatang tiang sebelum melumur badannya dengan madu.

Kanak-kanak itu kemudian diletakkan pada atap rumah mereka di Pusat Shebin Al-Qanater supaya disengat lebah dan nyamuk.

Lelaki berkenaan dikatakan bertindak demikian selepas jiran mereka menuduh kanak-kanak tersebut mencuri.

Ibu kanak-kanak tersebut terus membuat laporan polis dan melarikan diri bersama anaknya.

Wanita itu mendakwa suaminya itu sering mendera anak lelakinya itu termasuk melarangnya makan atau minum untuk jangka masa yang lama.