Skip to main content

Hiburan

Hans Isaac umum bertunang dengan ratu cantik Francisca Luhong James

Hans Isaac mengumumkan beliau bakal mengakhiri zaman bujang dengan ratu cantik, Francisa Luhong James. - Gambar Instagram @hansIsaac
Hans Isaac mengumumkan beliau bakal mengakhiri zaman bujang dengan ratu cantik, Francisa Luhong James. - Gambar Instagram @hansIsaac
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac mengumumkan beliau kini selangkah ke jenjang pelamin selepas mengikat tali pertunangan dengan ratu cantik, Francisa Luhong James.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh Hans menerusi hantaran di Instagram pada Isnin, lengkap dengan gambar cincin pertunangan dan kapsyen ringkas namun bermakna.

Dalam perkongsiannya, Hans, 55, meluahkan rasa syukur kerana dapat melangkah ke fasa baharu kehidupan bersama individu yang disifatkan sebagai "orang kegemarannya", selain menyifatkan lamaran tersebut sebagai keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

Advertisement

Hans turut mendedahkan bakal isterinya,  Francisa merupakan wanita berketurunan Kayan dan Iban, sambil berseloroh bahawa pasangannya kini "terpaksa" bersamanya buat selama-lamanya selepas menerima lamaran tersebut.

 

Advertisement

 

Malah, aktor itu juga beliau sempat mengusik peminat-peminatnyya yang sering bertanyakan tentang perancangan perkahwinannya sebelum ini dengan menulis: "No more... Hans bila nak kahwin?"

Francisca Luhong James merupakan anak jati kelahiran Kuching, Sarawak dan merupakan model dan ratu cantik yang pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020.

Beliau juga pernah  mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2020. 

Hantaran itu turut mengundang perhatian rakan-rakan seperjuangan dalam gelangang seni serta warga maya yang memuat turun komen serta ucapan tahniah buat Hans dan bakal isterinya.

Must Watch Video

Advertisement