awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi ditusuk 12 jarum oleh ibu saudara di China

Haider Yutim
Haider Yutim
29/10/2014
04:07 MYT
Bayi ditusuk 12 jarum oleh ibu saudara di China
Wanita itu telah membunuh diri selepas dipercayai mendera anak saudaranya itu. - Gambar hiasan
Seorang wanita di China telah disyaki mendera dengan menyucuk anak saudaranya yang berumur 11 bulan dengan 12 jarum suntikan dan jarum peniti, sebelum membunuh dirinya sendiri.
Agensi berita Xinhua melaporkan, doktor telah menemui jarum-jarum tersebut dalam badan bayi tersebut yang turut terkena buah pinggang, hati serta organ-organ lain pada bayi tersebut.
Bayi yang bernama Fan Zixuan dari Shandong itu bagaimanapun, dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka sembuh dalam masa seminggu selepas doktor membedah dan membuang jarum-jarum itu.
Pembedahan itu telah dilakukan di Hospital Kanak-kanak di Beijing.
Awal tahun ini pula, seorang wanita dari daerah Hubei telah ditahan kerana disyaki memotong telinga anak saudaranya yang berumur enam tahun.
Topic Berkaitan
#bayi
#China
#jarum
#organ
#peniti
#Shandong
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan