awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi kembar temui ajal dalam kereta, bapa beri alasan 'terlupa'

Agensi
Agensi
27/07/2019
23:43 MYT
Bayi kembar temui ajal dalam kereta, bapa beri alasan 'terlupa'
Seorang bapa memberi alasan terlupa ketika disoal-siasat polis berhubung kematian bayi kembarnya yang ditemukan mati lemas dalam kereta. - Foto Agensi
Seorang bapa di Amerika Syarikat memberi alasan terlupa ketika disoal-siasat polis berhubung kematian bayi kembarnya yang ditemukan mati lemas di bahagian tempat duduk belakang sebuah kenderaan semalam.
Bayi malang terbabit, Mariza dan Phoenix Rodriguez ditemukan sekitar jam 4 petang (waktu tempatan) dalam kereta yang diletakkan berhampiran persimpangan Kingsbridge, New York.
Bapa berusia 39 tahun itu berkata, dia pada mulanya menghantar anak sulung yang berusia tiga tahun ke rumahnya di Westchester sebelum menyambung perjalanan menuju ke tempat kerja.
Dia kemudian memulakan syif pagi di Pusat Perubatan VA di Bronx pada jam 8 pagi tanpa menyedari pasangan kembar itu tidur nyenyak di bahagian belakang.
"Selepas syifnya berakhir pada sebelah petang, dia menuju ke keretanya untuk pulan ke rumah. Selepas memandu beberapa blok dari tempat kerja, dia mula menyedari anak kembarnya berada di belakang.
"Mulut pasangan kembar itu mengeluarkan buih sebelum menghubungi talian kecemasan 911," kata polis.
Polis berkata, lelaki tersebut ditahan untuk siasatan namun setakat ini tiada sebarang pertuduhan dikenakan.
"Ia kemalangan yang tidak disengajakan. Apa pun, siasatan baru dimulakan dan kami akan mengeluarkan lebih banyak maklumat selepas ini," kata jurucakap Jabatan Polis New York. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bayi
#bayi kembar mati dalam kereta
#kemalangan
#kereta
#lemas
#mati
#New York
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan