awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Lelaki Britain didakwa anjur ‘perkahwinan olok-olok’ dengan kanak-kanak 9 tahun di Disneyland Paris
MALAYSIA
Mesyuarat MBN putuskan penubuhan Majlis Penasihat - Mat Sabu
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Kumpulan pertama rakyat Indonesia dari Tehran selamat tiba di Jakarta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Beberapa kata laluan Setiausaha Pertahanan AS terdedah akibat serangan siber - Laporan

Bernama
Bernama
08/05/2025
08:30 MYT
Sponsor Banner
Beberapa kata laluan Setiausaha Pertahanan AS terdedah akibat serangan siber - Laporan
Pendedahan itu menimbulkan persoalan baharu mengenai penggunaan peranti peribadi oleh Hegseth untuk berkongsi maklumat ketenteraan. - Reuters
MOSCOW: Beberapa kata laluan yang digunakan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth untuk mendaftar ke pelbagai laman sesawang terdedah akibat serangan siber dan kini boleh diakses dalam talian, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Beberapa kata laluan yang digunakan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth, terdedah akibat serangan siber dan kini boleh diakses dalam talian. Ini menimbulkan persoalan mengenai penggunaan peranti peribadi untuk berkongsi maklumat ketenteraan.
  • Walaupun kata laluan yang terdedah mungkin tidak digunakan untuk akaun sensitif, sekurang-kurangnya satu kata laluan digunakan berulang kali untuk akaun e-mel peribadi. Pakar keselamatan siber menyatakan bahawa Hegseth berisiko menjadi sasaran penggodam atau agensi risikan asing.
  • Ketua Pengarang The Atlantic, Jeffrey Goldberg, secara tidak sengaja dimasukkan dalam kumpulan sembang untuk perbincangan sulit mengenai serangan ketenteraan terhadap Houthi di Yaman. Perbualan itu melibatkan pegawai kanan lain dan pendedahan maklumat boleh membahayakan anggota tentera.

Akhbar The New York Times melaporkan bahawa pendedahan itu menimbulkan persoalan baharu mengenai penggunaan peranti peribadi oleh Hegseth untuk berkongsi maklumat ketenteraan.
Menurut laporan itu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat berkemungkinan tidak menggunakan kata laluan yang terdedah bagi akaun sensitif, namun sekurang-kurangnya satu daripada kata laluan itu telah digunakan berulang kali untuk akaun e-mel peribadi.
Satu daripada kata laluan yang didedahkan merupakan gabungan mudah huruf dan nombor, yang berkemungkinan mewakili parap dan tarikh.
Kata laluan yang sama pernah terdedah dalam dua pelanggaran akaun e-mel peribadi pada 2017 dan 2018.
Menurut pakar keselamatan siber, memandangkan nombor telefon Hegseth mudah diperoleh dalam talian, beliau berisiko menjadi sasaran penggodam atau agensi risikan asing.
Pada 24 Mac, Ketua Pengarang The Atlantic, Jeffrey Goldberg mendedahkan dalam satu artikel bahawa beliau secara tidak sengaja dimasukkan dalam kumpulan sembang untuk perbincangan sulit serangan ketenteraan terhadap Houthi di Yaman.
Menurut Goldberg, perbualan itu turut disertai pegawai kanan lain seperti Hegseth, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Naib Presiden JD Vance.
Goldberg turut memaparkan tangkap layar perbualan yang menunjukkan Hegseth beberapa jam sebelum operasi bermula, memaklumkan jenis pesawat dan sasaran, yang menurut wartawan itu, boleh membahayakan anggota tentera jika maklumat itu dibocorkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Setiausaha Pertahanan AS
#Pete Hegseth
#serangan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami