awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa maut akibat kereta rempuh orang ramai di Vancouver, Kanada

Bernama
Bernama
27/04/2025
10:33 MYT
Beberapa maut akibat kereta rempuh orang ramai di Vancouver, Kanada
Menurut Polis Kanada, beberapa orang lagi turut cedera dalam insiden itu, manakala pemandu kenderaan kini berada dalam tahanan. - AP/Rich Lam/The Canadian Press
BERLIN: Beberapa individu maut apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di sebuah pesta jalanan di Vancouver, Kanada, lewat Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Polis Kanada, beberapa orang lagi turut cedera dalam insiden itu, manakala pemandu kenderaan kini berada dalam tahanan, menurut kenyataan di platform X.
Menurut siaran televisyen tempatan yang memetik saksi, suspek cuba melarikan diri dengan berjalan kaki selepas merempuh orang ramai, namun berjaya ditahan oleh orang awam.
Datuk Bandar Vancouver Ken Sim berkata beliau terkejut dan sedih dengan "insiden mengerikan" itu.
Dalam laman web berita Kanada, Global News, Sim berkata, "Kami akan berusaha untuk menyediakan maklumat lanjut secepat mungkin, namun ketika ini polis Vancouver mengesahkan terdapat beberapa kematian dan ramai yang cedera."
Pesta jalanan itu diadakan sempena Festival Lapu Lapu, sambutan tahunan komuniti Filipina di Vancouver.
"Kami simpati kepada semua yang terkesan terutama komuniti Filipina Vancouver pada masa yang amat sukar ini," kata Sim.
Insiden itu berlaku hanya dua hari sebelum Kanada mengadakan pilihan raya Parlimen pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rempuh orang ramai
#pesta jalanan
#Vancouver
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan