awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa negara Asia Barat buka semula ruang udara untuk penerbangan awam

Bernama
Bernama
14/06/2025
11:30 MYT
Beberapa negara Asia Barat buka semula ruang udara untuk penerbangan awam
Lubnan turut membuka ruang udaranya pada 10 pagi, manakala agensi berita rasmi Syria, SANA, juga mengumumkan pembukaan semula ruang udara. - Gambar hiasan
BEIRUT: Beberapa negara Asia Barat membuka semula ruang udara mereka kepada penerbangan awam pada Sabtu, meskipun ketegangan antara Israel dan Iran terus memuncak susulan siri serangan yang berterusan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jordan memulakan semula operasi penerbangan awam pada 7.30 pagi (0430 GMT), menurut agensi berita rasmi negara itu, Petra.
Lubnan turut membuka ruang udaranya pada 10 pagi, manakala agensi berita rasmi Syria, SANA, juga mengumumkan pembukaan semula ruang udara lebih awal pada hari yang sama.
Sementara itu, Iraq melanjutkan penggantungan penerbangan awam sehingga awal petang.
Semua sekatan ini dikenakan ekoran peningkatan ketegangan yang belum pernah berlaku sebelum ini, yang tercetus selepas serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Iran, kepimpinan tentera dan saintis utama negara itu pada awal pagi Jumaat.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu balistik dan dron.
Kedua-dua pihak melaporkan terdapat kematian.
Walaupun terdapat tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk meredakan ketegangan, kedua-dua pihak dilihat enggan berundur daripada konflik yang kini memasuki hari kedua.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#laluan penerbangan
#ruang udara
#penerbangan awam
#Asia Barat
#Iran
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan