awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes Minneapolis: Video baharu dedah Alex Pretti bantu mangsa jatuh sebelum ditembak
Cuaca panas, kurang hujan di Semenanjung berterusan hingga 31 Jan - MetMalaysia
Parti teras BN diharap terus diperkukuh - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik terputus di Mexico akibat gelombang haba

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2024
00:45 MYT
Bekalan elektrik terputus di Mexico akibat gelombang haba
Pasukan Pertahanan dan Perlindungan Awam Mexico mengagihkan air botol kepada orang ramai ketika gelombang haba melanda negara itu. - Foto REUTERS
CAMPECHE: Gelombang haba yang dahsyat melanda tenggara Mexico pada hujung minggu lalu menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus di seluruh negara hingga hampir lumpuh.
Pada 9 Mei lalu, Campeche yang terletak di tenggara Mexico mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius.
Pekerja, penduduk tempatan dan pelancong, kelihatan melindungi diri mereka dari panas matahari dengan payung, topi atau lapisan kain dan membawa botol air untuk mengatasi suhu tinggi.
Cuaca panas yang teruk menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus yang berlangsung selama beberapa jam di sejumlah kawasan Mexico minggu lalu terutamanya di bahagian utara.
Keadaan itu menyebabkan sekolah ditangguhkan di San Luis Potosi, yang mana pada minggu ini telah mencecah 50 darjah Celcius.
Gelombang haba berlaku di tengah-tengah kemarau teruk di seluruh negara telah menyebabkan krisis air yang semakin teruk di kebanyakan Mexico, menjadikan air sebagai isu utama dalam pilihan raya umum yang bakal diadakan menjelang Jun.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#gelombang haba
#bekalan elektrik
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan