awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2023
02:40 MYT
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Pihak berkuasa mengesahkan sebutir peluru menembusi rahang Vidal-Quadras menyebabkan kecederaan di bahagian muka. - Foto AP
MADRID: Bekas ketua Parti Rakyat (PP) berhaluan tengah Sepanyol di wilayah Catalonia ditembak di muka dalam satu insiden di ibu kota Madrid pada Khamis.
Alejo Vidal-Quadras, 78, bagaimanapun, hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Serentak itu, polis giat memburu seorang lelaki bersenjata bersama rakannya yang pada ketika itu menghampiri mangsa lalu melepaskan tembakan menaiki motosikal.
Dalam kejadian itu, pihak berkuasa mengesahkan sebutir peluru menembusi rahang mangsa menyebabkan kecederaan di bahagian muka.
Sementara itu, suspek gagal dikesan, tetapi polis menemui motosikal yang digunakan oleh suspek bersama rakan sebaik sahaja insiden berlaku.
Motif kejadian masih lagi dalam siasatan.
Vidal-Quadras adalah bekas ketua PP kanan tengah di Catalonia dan pengasas parti Vox sayap kanan Sepanyol.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Parlimen Eropah antara tahun 2009 dan 2014.
Topic Berkaitan
#ahli politik
#ditembak di muka
#Alejo Vidal-Quadras
#Parti Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan