awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas anggota polis UK dipenjara selepas curi wang orang mati

Bernama
Bernama
13/09/2024
22:45 MYT
Bekas anggota polis UK dipenjara selepas curi wang orang mati
Carter hadir di Mahkamah Mahkota Wood Green pada Jumaat memakai blazer gelap dan bertali leher serta kemeja berjalur putih. - Foto X/Daily Noah
LONDON: Seorang bekas anggota polis di London telah dipenjarakan selama 16 bulan selepas mencuri wang daripada seorang lelaki yang mati selepas rebah, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Craig Carter, 51, mencuri sekitar GBP115 (AS$151) daripada pembuat filem dan pelakon Itali Claudio Gaetani antara 7 dan 14 Sept 2022.
Carter bertugas untuk Unit Kawalan Kawasan Utara Met dan hadir di Mahkamah Mahkota Wood Green pada Jumaat memakai blazer gelap dan bertali leher serta kemeja berjalur putih.
Hakim Kalyani Kaul KC menggambarkan kerjaya Carter, dan menyatakan bahawa dia telah membesarkan dua anak perempuan, dan mempunyai ikatan perkahwinan kukuh dengan isteri, yang disayanginya.
Beliau kemudian memberitahunya: "Pada 7 September, dua tahun lepas, anda membuang semua itu - anda mengecewakan pasukan anda, anda mengecewakan komuniti anda".
Carter mengaku bersalah melakukan salah laku di pejabat awam pada 26 Julai tahun ini dan pertuduhan menyatakan bahawa "semasa bertindak sebagai pegawai awam iaitu sebagai konstabel polis" dia "mengambil untuk kegunaan sendiri wang daripada dompet yang diterima olehnya sebagai bukti berhubung dengan kejadian kematian mengejut".
Dia telah dipecat daripada pasukan tanpa notis pada Ogos selepas berkhidmat selama 23 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Craig Carter
#curi wang
#Claudio Gaetani
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan