Pihak berkuasa Jepun menahan seorang bekas polis kanan Thailand kerana memiliki sepucuk pistol yang lengkap diisi dengan peluru.

Comronwit Toopgrajank, 60, dikenal pasti sebagai ketua polis Bangkok oleh Kedutaan Thailand di Tokyo. Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Isnin ketika hendak meninggalkan Jepun, kata seorang jurucakap pihak berkuasa kepada AFP.

Pihak berkuasa menemui sepucuk pistol jenis revolver dengan lima butir peluru hidup dalam beg Toopgrajank. Dia ditahan serta-merta atas tuduhan melanggar undang-undang kawalan senjata.

Dia kemudian memberitahu polis bahawa pistol itu adalah miliknya sendiri yang dihadiahkan oleh seorang kawan. Dia mendakwa terlupa memasukkan pistol berkenaan ke dalam beg.

"Dia masuk ke Jepun pada 19 Jun dan mendakwa melawat sebuah pusat pelupusan sampah dalam lawatan berkumpulan bersama hampir 80 orang yang lain," kata pegawai polis.

Bekas ketua polis itu kemudian diserahkan kepada pendakwa untuk siasatan, kata pegawai kedutaan Thailand kepada AFP.