Bekas ketua pengarang sebuah akhbar di Hong Kong yang dipecat dan pemecatannya mencetuskan siri protes berhubung kebebasan media serta pengaruh Beijing ke atas media di wilayah ini dimasukkan ke hospital selepas diserang dengan pisau pada Rabu.
Kevin Lau akan menjalani pembedahan intesif ke atas paru-paru dan kakinya tetapi nyawanya tidak diancam bahaya, kata Ronald Chiu, ketua Persatuan Eksekutif Berita Hong Kong kepada wartawan selepas beliau diberikan taklimat oleh doktor.
Lau, bekas ketua pengarang akhbar Ming Pao yang liberal, ditetak oleh dua lelaki yang kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal di kawasan Chai Wan.
Lau yang terkenal dengan laporan penyiasatan politik yang berterus terang sebelum dipecat daripada jawatannya bulan lalu disergap oleh dua lelaki itu sebaik saja dia turun dari keretanya.
"Seorang daripada mereka turun daripada motosikal dan menyerang mangsa dengan pisau pemotong," kata jurucakap polis, Simon Kwan.
"Dia mengalami tiga luka, satu pada bahagian belakang dan dua pada kakinya," kata Kwan, dan menambah luka pada bahagian belakang itu agak dalam.
Jurucakap kerajaan memaklumkan Lau berada dalam keadaan kritikal.
Ahli parlimen Hong Kong, Regina Ip memberitahu AFP dua lelaki itu "menetak (Lau) dengan begitu kuat sehingga orang ramai boleh melihat organ dalamannya," katanya menceritakan perbualannya dengan isteri Lau, Vivian Chan.
Lau digantikan oleh seorang editor dari Malaysia yang dilihat sebagai pro-Beijing. Tindakan akhbar itu dibantah oleh kakitangan akhbar berkenaan yang bimbang ia satu gerakan untuk membendung laporan penyiasatan akhbar itu.
Antara laporan Ming Pao sebelum ini menyentuh soal kematian tokoh penentang di China, Li Wangyang.
Serangan pada Rabu ini adalah rentetan beberapa serangan ke atas wartawan di wilayah Hong Kong dan berlaku tiga hari selepas kumpulan wartawan melakukan satu perarakan menyokong kebebasan media.
Dalam tempoh dua minggu pada Jun tahun lepas, kakitangan ke atas kakitangan Apple Daily, sebuah tabloid popular yang kritikal terhadap Beijing, kata Jawatankuasa Perlindungan Wartawan yang berpejabat di New York.
Pada bulan yang sama, Chen Ping, penerbit sebuah majalah yang terkenal lantang dalam liputannya mengenai China telah dipukul.
Kumpulan media menggesa polis memburu penyerang Lau.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan menggesa polis mengambil tindakan," kata pengerusi Persatuan Wartawan Hong Kong, Sham Yee-lan kepada AFP.
Kelab Koresponden Luar Negara juga menyuarakan rasa terkejut ke atas apa yang berlaku.
"Reputasi Hong Kong sebagai bandar raya antarabangsa yang bebas akan terjejas sekiranya jenayah ini tidak diselesaikan dan tiada tindakan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut pengkritik penyingkiran Lau bermotifkan politik ketika bandar raya itu berbahas mengenai masa depan sistem politiknya, hampir 17 tahun selepas diserahkan semula oleh Britain dan ketika ada kebimbangan tentang gerakan Beijing mahu mengukuhkan cengkamannya.
Di bawah perjanjian antara London dan Beijing, Hong Kong dijamin menikmatik kebebasan bersuara tidak seperti penduduk di China.
Bagaimanapun awal bulan ini, dua laporan oleh pemantau media antarabangsa mendapati pengamal media di Hong Kong cenderung melakukan penapisan sendiri. -- AFP
Agensi
Wed Feb 26 2014
Kevin Lau - Foto AFP
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo
Kematian sembilan ekor monyet dalam beberapa hari di sebuah zoo di Hong Kong, mendorong siasatan dijalankan untuk mengetahui puncanya, lapor United Press International (UPI).
Pos Hong Kong keluar setem peringatan ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia
Pos Hong Kong akan keluarkan helaian setem dan produk filateli bertemakan 'Ulang Tahun ke-150 UPU' bagi memperingati hari istimewa itu.
Lawatan kerja Azalina ke Hong Kong berjaya teroka era baharu kerjasama
Lawatan kerja Datuk Seri Azalina Othman Said ke Hong Kong baru-baru ini berjaya meneroka era baharu kerjasama dalam sektor undang-undang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan ARC 2024 selepas tumbang kepada Hong Kong.