Skip to main content

Politik

PRN Melaka: Kerjasama BN-PN tak jejas sokongan bukan Melayu - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (dua, kiri) hadir pada Sesi Libat Urus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka Bersama Timbalan Perdana Menteri di Tambak Paya, Ayer Molek hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Zahid (dua, kiri) hadir pada Sesi Libat Urus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka Bersama Timbalan Perdana Menteri di Tambak Paya, Ayer Molek hari ini. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional menyatakan kerjasama dengan Perikatan Nasional dapat meningkatkan sokongan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, termasuk daripada pengundi bukan Melayu.
  • Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap pengundi Cina memberi kepercayaan kepada BN berikutan cabaran ekonomi yang dihadapi golongan peniaga.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November sebagai Hari Pengundian, dengan BN bertanding di 23 kerusi dan PN di lima kerusi.
Advertisement

MELAKA TENGAH: Barisan Nasional (BN) menyifatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) mampu diterjemahkan kepada sokongan lebih baik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk daripada pengundi bukan Melayu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama berkenaan memperlihatkan keserasian yang baik antara parti-parti yang sebelum ini mempunyai perbezaan politik.

“Dan saya harap ia bukan sekadar untuk menyatukan minda dan dokongan kedua-dua parti yang berseteru lebih daripada lima dekad.

Advertisement

“Tetapi kita telah mencuba di Negeri Sembilan dan ini kali kedua di Negeri Melaka. Kita harap insya-Allah, kita dapat terjemahkan dengan sebaik-baiknya kerjasama ini dalam bentuk sokongan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas PMajlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka, di sini pada Khamis.

Advertisement

Mengulas sokongan pengundi Cina, Ahmad Zahid berkata BN mengharapkan pertambahan sokongan daripada kelompok itu, mengambil kira cabaran yang dihadapi golongan peniaga ketika ini.

Menurutnya, maklum balas daripada golongan perniagaan dan tokoh korporat menunjukkan mereka berdepan kesukaran untuk menjalankan perniagaan dalam keadaan ekonomi semasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pengundi Cina memberikan kepercayaan kepada BN dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri  Ab Rauf Yusoh.

“Kita mengharapkan pertambahan sokongan pengundi-pengundi Cina sebab kita tahu bahawa mereka agak sukar untuk menjalankan perniagaan sekarang ini.

“Jika mereka memberikan kepercayaan kepada kita, kita akan lakukan yang terbaik untuk memudahkan mereka berniaga dan menjalankan urusan harian dengan lebih baik,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

BN meletakkan calon di 23 kerusi, manakala PN bertanding di lima kerusi pada PRN Melaka.

Must Watch Video

Advertisement