awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas perdana menteri Fico menang pilihan raya Slovakia

Bernama
Bernama
01/10/2023
12:46 MYT
Bekas perdana menteri Fico menang pilihan raya Slovakia
Keputusan itu membolehkan parti yang diterajui Fico mendahului pencabarnya dari parti Progresivne Slovensko (PS). - Gambar AP
BRATISLAVA: Bekas perdana menteri Slovakia Robert Fico dan parti nasionalis berhaluan kiri Social Democratic memenangi pilihan raya parlimen negara itu, menurut keputusan awal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Selepas hampir 99 peratus undi dikira, parti pembangkang SMER-SSD ("Direction - Slovak Social Democracy") memperoleh 23.3 peratus undi, umum suruhanjaya itu pada pagi Ahad.
Keputusan itu membolehkan parti yang diterajui Fico mendahului pencabarnya dari parti Progresivne Slovensko (PS).
PS yang berada di tempat kedua dengan 17 peratus, sebelum ini mendahului dalam tinjauan yang diadakan.
Kira-kira 68 peratus pemilih keluar mengundi.
Bagaimanapun, tidak mudah bagi SMER membentuk gabungan dengan majoriti yang mencukupi untuk menguasai Parlimen.
Sebelum pilihan raya, Fico mengumumkan mahu menamatkan penghantaran senjata ke negara jiran Ukraine, keputusan yang tidak popular dalam kalangan pengundi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Smer
#penghantaran senjata
#parti pembangkang
#Progresivne Slovensko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan