awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pesuruhjaya tinggi ke Malaysia Amna Baloch dilantik setiausaha luar Pakistan baharu

Bernama
Bernama
11/09/2024
21:45 MYT
Bekas pesuruhjaya tinggi ke Malaysia Amna Baloch dilantik setiausaha luar Pakistan baharu
Amna, 58, merupakan setiausaha luar Pakistan yang ke-33 dan wanita kedua yang memegang jawatan penting dalam perkhidmatan luar negara. - Foto X/Ministry of Foreign Affairs, Pakistan
NEW DELHI: Bekas pesuruhjaya tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch, secara rasmi mengambil alih peranan sebagai setiausaha luar negara yang baharu.
Amna, 58, merupakan setiausaha luar Pakistan yang ke-33 dan wanita kedua yang memegang jawatan penting dalam perkhidmatan luar ini.
Beliau menggantikan Syrus Sajjad Qazi, yang bersara daripada perkhidmatan diplomatik dan sebagai setiausaha luar pada Selasa.
Amna ditugaskan sebagai pesuruhjaya tinggi ke Malaysia dari 2019 hingga 2023, sebelum berpindah ke Brussels sebagai duta besar Pakistan ke Belgium dan Kesatuan Eropah.
Beliau berkhidmat sebagai konsul jeneral Pakistan di Chengdu, China antara 2014 dan 2017.
Amna mempunyai ijazah sarjana dalam bidang sejarah dan menyertai perkhidmatan luar negeri pada 1991.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amna baloch
#Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia
#setiausaha luar Pakistan
#perkhidmatan diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan