Bekas Perdana Menteri Thailand Chuan Leekpai menolak cadangan meminta beliau mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kembali menyertai dunia politik dan seterusnya menjadi calon Perdana Menteri yang mewakili Parti Demokrat.
Chuan, 79, mengumumkan keputusannya itu selepas tokoh-tokoh utama parti itu menggesanya untuk 'mengikut cara Mahathir' dengan kembali memimpin Parti Demokrat pada pilihan raya umum yang dijadualkan Februari tahun depan.
Mereka percaya bekas perdana menteri itu, yang lembut dalam bertutur kata dan umpama bapa kepada Parti Demokrat, adalah orang yang tepat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada pimpinan ketenteraan pada pilihan raya umum itu.
"Yang pasti, saya tidak akan menjadi antara calon-calonnya," katanya yang dipetik media tempatan hari ini sekali gus mematahkan harapan kalangan anggota Parti Demokrat yang mahukan beliau membuat kemunculan semula seperti yang dilakukan Dr Mahathir pada pilihan raya umum ke-14 Malaysia bulan lepas.
Dr Mahathir, 92, 'menggemparkan dunia politik' apabila berjaya memimpin pakatan pembangkang untuk menewaskan dan mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama enam dekad di Malaysia.
Berikutan keputusan pilihan raya yang mengejutkan itu, Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia dan menjadi perdana menteri tertua di dunia.
Beliau pernah menjadi perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003.
Dengan Chuan menolak permintaan parti untuk membuat kemunculan semula, harapan Parti Demokrat dalam menghadapi tentera pada pilihan raya itu terletak pada bahu penyandang kepimpinan dan bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.
Mengikut Seksyen 88 Perlembagaan Thailand, setiap parti politik perlu mengisytiharkan tiga calon perdana menteri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum boleh berkempen untuk pilihan raya umum.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 11 2018
Chuan, yang lembut dalam bertutur kata dan umpama bapa kepada Parti Demokrat, dianggap orang paling tepat mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada pimpinan ketenteraan. - Gambar fail
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pembangkang Thailand kelar lengan semasa sesi khas Parlimen
Sesi khas Parlimen bersambung semula selepas Visarn dikejarkan ke Hospital Vajira dan lukanya dijahit.
Bekas perdana menteri dipilih Speaker Parlimen Thailand
Chuan Leekpai dari Demokrat dipilih sebagai Speaker Parlimen Thailand yang baharu.
Bekas PM Chuan Leekpai enggan kembali berpolitik seperti Dr Mahathir
Chuan mengumumkan keputusannya itu selepas tokoh-tokoh utama parti itu menggesanya mengikut cara Mahathir dengan kembali memimpin Parti Demokrat pada pilihan raya umum yang dijadualkan Februari.