awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Itali disekat berpolitik dua tahun

AFP
AFP
19/10/2013
10:32 MYT
Bekas PM Itali disekat berpolitik dua tahun
Mahkamah rayuan di Itali pada Sabtu mengenakan sekatan dua tahun ke atas bekas perdana menteri Silvio Berlusconi daripada bergiat dalam politik susulan keputusan kes penipuan cukai melibatkan pemimpin yang terbabit dalam skandal itu.
Mahkamah agung negara itu pada 1 Ogos lepas menolak rayuan Berlusconi dalam kes berkenaan tetapi memutuskan mahkamah lain yang akan membuat keputusan mengenai sekatan berhubung kedudukannya di parlimen.
Pihak pendakwa raya dalam perbicaraan pada Sabtu memohon sekatan dua tahun dan panel hakim kemudian masuk ke kamar untuk membuatkan keputusan mereka, lapor media Itali.
Keputusan berkenaan melengkapkan hukuman ke atas Berlusconi — hukuman yang pertama beliau terima dalam sejarah panjang kes perundangan yang dihadapi oleh taikun itu.
Berlusconi, 77 tahun, tidak hadir di mahkamah.
Keputusan ini akan menyebabkan Berlusconi hilang hak untuk mengundi dan bertanding semula dalam pilihan raya, dan keadaan itu bergantung kepada keputusan Senat.
Kes itu berkisar kepada empayar media Berlusconi dan melibatkan hukuman penjara selama empat tahun yang sebelum ini diringankan kepada setahun kerana pengampunan. Beliau akan menjalani perintah tahanan rumah atau khidmat masyarakat kerana faktor umurnya. -- AFP
Topic Berkaitan
#Itali
#mahkamah
#Silvio Berlusconi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan