BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra telah dibebaskan dengan parol, selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan di sebuah hospital di sini.
Thaksin, 74, dilihat meninggalkan Police General Hospital pada 6.06 pagi (waktu tempatan) pada Ahad, di mana beliau berada sejak Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadapnya.
Beliau kemudian dilihat tiba di rumah agamnya di sini pada pukul 6.33 pagi (waktu tempatan) dengan sebuah kenderaan bersama anak perempuan bongsunya, Paetongtarn.
Menerusi catatan media sosial, Paetongtarn menulis; "Thaksin telah tiba di rumah, semoga keadaan kesihatan beliau bertambah baik."
Beliau juga berkongsi gambar dirinya dan Thaksin di dalam kenderaan yang dinaiki. Bekas perdana menteri itu dilihat memakai pendakap leher.
Pada Sabtu, keluarga Thaksin membentangkan sepanduk "selamat pulang" di pintu pagar rumah agamnya di Bangkok.
"Kami telah menunggu begitu lama untuk melihat hari ini," tulisnya.
Thaksin kembali ke Thailand pada 22 Ogos lepas selepas 15 tahun hidup dalam buangan selepas disabitkan atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
Pada hari ketibaannya di Thailand, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada bekas perdana menteri itu.
Beliau dimasukkan ke Police General Hospital kerana masalah kesihatan beberapa jam selepas malam pertamanya di Penjara Reman Bangkok. Thaksin mengadu sakit dada, tekanan darah tinggi, paras oksigen darah rendah dan insomnia semasa ditahan di wad perubatan penjara.
Pada 1 Sept, hukuman penjara Thaksin dikurangkan kepada satu tahun melalui pengampunan diraja.
Perdana Menteri Srettha Thavisin berkata parol yang diterima Thaksin mematuhi peraturan Jabatan Pemulihan.
Pada Rabu, Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong berkata Thaksin layak untuk dibebaskan awal kerana beliau berada dalam kategori banduan yang menghidap penyakit kronik dan berusia lebih 70 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Thaksin (kanan) dilihat di dalam kenderaan bersama anaknya Paetongtarn di depan kediaman beliau di Bangkok, selepas dibebaskan dengan parol, 18 Feb 2024. (Foto AP)
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.
Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja
Thaksin Shinawatra didakwa menghina monarki, kata seorang pegawai pada Selasa, hanya beberapa minggu dari kemungkinan pembebasan parolnya.
Thaksin layak mendapat parol bulan depan
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Sitthi Sutivong berkata berdasarkan kriteria, Thaksin layak mendapat parol khas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
Thaksin kemuka permohonan pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sudah mengemukakan permohonan pengampunan diraja.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital
Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad.