awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden, menteri El Salvador dihukum penjara

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2023
23:15 MYT
Bekas Presiden, menteri El Salvador dihukum penjara
Pendakwa Raya menggunakan undang-undang baharu yang membenarkan perbicaraan dilakukan tanpa kehadiran tertuduh. - Gambar hiasan
HAKIM di El Salvador menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun kepada bekas Menteri Keselamatan, Jeneral David Munguía Payes atas penglibatannya dalam rundingan dengan kumpulan samseng semasa di bawah pentadbiran bekas Presiden Mauricio Funes.
Dalam masa yang sama bekas Presiden Funes, dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun kerana penglibatan dalam perkara yang sama.
Pendakwa Raya menuduh Funes melakukan kerjasama dengan kumpulan samseng dan gagal melaksanakan tugasnya untuk mencapai gencatan senjata yang dirundingkan pada tahun 2012.
Funes secara tegas menafikan terlibat dalam rundingan dengan kumpulan tersebut atau memberikan sebarang keistimewaan kepada ketua mereka.
Perbicaraan bekas menteri itu berlangsung sejak April, yang pada ketika itu Funes tinggal di Nicaragua.
Pendakwa Raya menggunakan undang-undang baharu yang membenarkan perbicaraan dilakukan tanpa kehadiran tertuduh.
Rundingan dengan kumpulan samseng tersebut bertujuan untuk menurunkan kadar pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan jalanan yang berkuasa di El Salvador.
Sebagai pertukaran, pemimpin kumpulan tersebut yang dipenjarakan diharapkan mendapat faedah tertentu.
Topic Berkaitan
#David Mungu a Payes
#Mauricio Funes
#penjara
#kumpulan samseng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan