Pejabat pendakwaan kewangan Perancis telah mendakwa bekas presiden Nicolas Sarkozy dan 12 orang kroninya atas dakwaan menerima sumbangan haram untuk kempen pilihan raya, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Sarkozy, 68, dituduh mencuri dana awam, rasuah, perkumpulan jenayah dan pembiayaan kempen haram, menurut pejabat pendakwaan di Paris pada Khamis.

Belum jelas tarikh perbicaraan akan berlangsung.

Badan kehakiman Perancis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas pemimpin itu pada 2018.

Beliau disyaki rasuah, menerima pembiayaan haram, dan membantu serta bersubahat dalam penyelewengan dana awam Libya.

Prosiding itu dimulakan selepas terdapat tanda-tanda bahawa wang untuk kempen pilihan raya Sarkozy pada 2007 disalurkan secara haram daripada rejim pemerintah Libya ketika itu Moamer Gaddafi.

Antara 12 defendan lain ialah bekas menteri bajet Eric Woerth, bekas ketua biro Sarkozy, Claude Gueant dan bekas menteri Brice Hortefeux.

--BERNAMA-dpa