awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek

Bernama
Bernama
06/02/2025
23:30 MYT
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
DeepSeek berkata, produknya menggunakan kurang memori dan tenaga berbanding pesaingnya, menjadikannya lebih murah untuk dikendalikan. REUTERS
ATHENS: Belanda melarang penjawat awam daripada menggunakan DeepSeek, chatbot kecerdasan buatan (AI) dari China, menurut laporan media tempatan.
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar awam NOS pada petang Rabu.
Di tengah dakwaan bahawa DeepSeek menyimpan maklumat peribadi untuk dikongsi dengan pihak berkuasa negara China, Pihak Berkuasa Perlindungan Data Belanda juga menggesa orang ramai untuk berhati-hati dalam penggunaannya pada Jumaat lalu.
"Orang ramai seharusnya bertanya kepada diri mereka sendiri sama ada mereka benar-benar ingin memasukkan data peribadi dan sensitif ke dalam aplikasi ini," kata pihak berkuasa tersebut.
Awal minggu ini, Korea Selatan dan Australia turut melarang pegawai di jabatan tertentu daripada menggunakan DeepSeek.
Model terbaru DeepSeek dikeluarkan kepada orang ramai pada penghujung Januari, menyebabkan harga saham teknologi AS merosot.
Syarikat itu mendakwa chatbotnya, yang bersaing dengan platform utama seperti ChatGPT dari OpenAI, dilatih dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding model-model sebelumnya dan menggunakan cip semikonduktor yang kurang canggih.
DeepSeek juga mengatakan produknya menggunakan kurang memori dan tenaga berbanding pesaingnya, menjadikannya lebih murah untuk dikendalikan.
Tidak lama selepas chatbot China itu dikeluarkan, ia menjadi aplikasi percuma yang paling banyak dimuat turun di App Store Apple - satu kejadian yang jarang berlaku untuk aplikasi dari China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanda
#DeepSeek
#China
#maklumat peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan