Skip to main content

Dunia

Belgium catat angka kematian tertinggi di EU susulan cuaca panas luar biasa pada Jun

People ride their bikes up to 10 metres above ground through the trees part of the "Cycling through the Trees" experience in Bosland National Park during a heat wave in Hechtel-Eksel, Belgium, July 16, 2026. REUTERS/Yves Herman
Orang ramai menunggang basikal di laluan berbasikal yang dibina sehingga 10 meter dari aras tanah menerusi tarikan "Cycling through the Trees" di Taman Negara Bosland ketika gelombang haba melanda Hechtel-Eksel, Belgium. - Foto REUTERS
Advertisement

MOSCOW: Belgium paling teruk terjejas akibat gelombang haba pada Jun berbanding negara Eropah lain, dengan kadar kematian di negara itu 48 peratus lebih tinggi daripada biasa, menurut akhbar Nieuwsblad yang memetik rangkaian pemantauan kematian Eropah EuroMOMO, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Beberapa minggu lepas, institut kesihatan awam Belgium, Sciensano memaklumkan bahawa pada akhir Jun, sebanyak 1,747 lebihan kematian direkodkan di negara itu, menurut laporan pada Isnin.

Kini, susulan penerbitan data dari negara Eropah lain, Belgium mencatatkan kadar lebihan kematian tertinggi dalam kalangan 27 negara yang dipantau EuroMOMO, menurut laporan itu.

Sebagai perbandingan, kadar kematian semasa gelombang haba di Perancis dilaporkan meningkat 23 peratus dan di Belanda sebanyak 13 peratus, meskipun mencatatkan suhu yang hampir sama.

Geert Molenberghs, pakar biostatistik di KU Leuven dan Universiti Hasselt menjelaskan bahawa kepadatan bangunan yang tinggi dan kekurangan kawasan hijau menyebabkan bandar-bandar di Belgium lebih terdedah kepada cuaca panas, menurut laporan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement