BRUSSELS: Belgium berikrar menyokong sepenuhnya kes yang difailkan oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kerjasama Pembangunan Belgium Caroline Gennez menerusi hantaran di akaun X beliau, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Gennez mengulangi sokongan tidak berbelah bagi Belgium terhadap kes itu di ICJ, menekankan bahawa jika mahkamah memanggil Israel untuk menghentikan operasi ketenteraannya terhadap Gaza, Belgium akan memberikan sokongan penuh.
Menteri itu berjanji akan meneruskan komitmen untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat.
Selain itu, Belgium mengesahkan usaha berterusan di dalam Kesatuan Eropah dan di peringkat antarabangsa untuk mendesak gencatan senjata secara kekal, akses penuh kepada bantuan kemanusiaan dan menyeru pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa.
Afrika Selatan memulakan tindakan undang-undang terhadap Israel awal bulan ini, menuduh rejim Zionis melakukan jenayah genosid terhadap penduduk Gaza dalam konflik selama lebih tiga bulan, mengakibatkan puluhan ribu penduduk terbunuh dan bencana kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Pada November tahun sebelumnya, Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), mengumumkan bahawa mahkamah itu masih menjalankan siasatan terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Israel sejak 13 Jun 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Gennez (foto) berjanji akan meneruskan komitmen untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat. -Facebook @Caroline Gennez
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker
Pada Sabtu, anak buah Gareth Southgate itu mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh 15 bulan.
Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) kali ke-24 di Brussels, Belgium.
Belgium ikrar sokong kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel
Menteri itu berjanji akan meneruskan komitmen untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat.
Belgium tidak boleh berdiam diri lihat keganasan Israel di Gaza
Belgium harus ikut langkah Afrika Selatan mohon ICJ menyiasat jenayah genosid yang didakwa dilakukan oleh Israel di Gaza.
Wanita meninggal dunia dihempap pokok Krismas di pasar Belgium
Seorang wanita maut selepas pokok Krismas setinggi 20 meter tumbang menimpanya di pasar Krismas di Belgium pada Khamis.
Kelayakan Euro 2024: Aksi Belgium-Sweden ditangguh susulan dua orang ditembak mati di Brussels
Ia susulan kejadian tembakan pada petang Isnin, yang disifatkan pihak berkuasa sebagai keganasan.
Ugut bunuh perdana menteri, Belgium buru bekas tentera
Belgium melancarkan siasatan pada Jumaat selepas catatan media sosial seorang bekas anggota tentera mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Alexander De Croo.
Belgium akan beri elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja
Bayaran elaun itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dibuat oleh firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari.
Persahabatan Antarabangsa: De Bruyne pamer gemilang bantu Belgium atasi Jerman
De Bruyne mencetuskan dua jaringan yang disudahkan Yannik Carrasco dan Romelu Lukaku, masing-masing pada minit keenam dan kesembilan.