awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beli DVD kartun, dapat 24 paket kondom

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/12/2017
00:00 MYT
Beli DVD kartun, dapat 24 paket kondom
Shireen Philips menyangkakan ada rakan yang sengaja mahu mengenakannya apabila menerima bungkusan 24 paket kondom. - Gambar hiasan
SEORANG wanita di Cornwall, England, terkejut besar apabila mendapati DVD kartun yang dibeli menerusi laman web jual beli, Amazon, 'bertukar' menjadi 24 paket kondom.
Shireen Philips pada mulanya memesan DVD Blu-Ray kartun klasik Krismas bertajuk Elf itu dan mahu dihadiahkan kepada anak perempuannya yang berusia empat tahun, Isabella, sebagai hadiah Hari Krismas.
Portal Mirror UK melaporkan, Philips menyerahkan kotak yang berisi 24 paket kondom itu kepada Isabella untuk dibuka, namun terkejut apabila mendapati isi kandungannya bukan barang yang dipesan.
"Apabila bungkusan itu sampai, saya dan suami terus meminta Isabella membukanya.
"Kami mengharapkan dia akan menjerit kegembiraan, sebaliknya dia bertanya, 'apakah ini ayah?" kata Philips kepada portal itu.
Tambah Philips, pada mulanya dia menyangkakan ada rakan yang mahu mengenakannya memandangkan dia kini hamil lapan bulan.
Amazon dilaporkan telah memulangkan wang Philips dan membuat permohonan maaf kerana DVD yang dipesan telahpun habis terjual, namun wanita berusia 25 tahun itu masih tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.
"Ia tidak kelakar. Kami sudah berjanji untuk menghadiahkan DVD itu kepada Isabella, dan sekarang sudah terlalu dekat dengan Hari Krismas, di mana kami mahu mencari DVD itu?" ujarnya.
Topic Berkaitan
#Amazon
#Cornwall
#DVD
#kartun
#kondom
#Shireen Philips
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan