awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum sempat kerja dah kena pecat

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2024
00:45 MYT
Belum sempat kerja dah kena pecat
JoMama memberikan alasan terlewat tiba kerana jalan yang dilalui ke tempat kerja dipenuhi salji. - Foto agensi
WASHINGTON: Baru hari pertama mahu melaporkan diri, seorang wanita dari Arkansas dipecat apabila terlewat tiba hampir satu jam ke tempat kerjanya.
Ketika memuat naik kisahnya itu di platform TikTok pada 15 Januari lalu, Damita JoMama menceritakan punca dia datang lewat sehingga digelar penipu oleh kakitangan syarikat ambulans itu.
JoMama berkata, dia terlewat tiba di pejabat kerana terperangkap di jalan raya yang bersalji tebal meskipun memandu kenderaan utiliti sukan (SUV).
Sejurus tiba di syarikat tempat kerjanya itu, dia berjumpa dengan seorang kakitangan yang berkata: “Anda lewat. Mengapa anda tidak boleh tiba lebih awal?”
JoMama kemudiannya dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat dan diberitahu pihak syarikat tidak dapat meneruskan pengambilannya untuk bekerja.
JoMama nyata terkejut dengan tindakan syarikat berkenaan yang tidak boleh bertolak ansur sekalipun dia telah memberikan sebab kelewatannya tiba di syarikat tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#salji tebal
#terlewat hari pertama
#pecat
#Damita JoMama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan