awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benjamin Netanyahu mohon maaf kepada keluarga tebusan yang dibunuh

Agensi
Agensi
02/09/2024
22:15 MYT
Benjamin Netanyahu mohon maaf kepada keluarga tebusan yang dibunuh
Netanyahu "memohon maaf " secara terbuka kepada keluarga kesemua enam tebusan yang mayat mereka ditemukan di Gaza pada Sabtu lalu. - Gambar Reuters
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu "memohon maaf " secara terbuka kepada keluarga kesemua enam tebusan yang mayat mereka ditemukan di Gaza pada Sabtu lalu.
Dalam sidang media di sini, pada Isnin, Netanyahu berkata: "Kami (tentera Israel) sudah menghampiri, hampir sampai" untuk membawa mereka pulang hidup-hidup.
Beliau bahkan turut berikrar: "Dan saya ingin mengulangi sekali lagi, Israel tidak akan meneruskan agenda biasa kami selepas pembunuhan beramai-ramai itu. Hamas akan membayar harga yang sangat mahal untuknya."
Tegas Netanyahu, Israel akan bertindak balas dengan keras terhadap Hamas berikutan pembunuhan enam tebusan yang mayatnya ditemukan pada hujung minggu.
Netanyahu turut membayangkan tindak balas itu akan menyamai serangan balas terhadap Hezbollah pada Julai lalu yang membunuh komander tertinggi kumpulan yang disokong Iran, Fu’ad Shukr.
“Kami akan menuntut harga yang tinggi daripada Hamas; Saya tidak akan memberitahu anda berapa harganya dan apa yang akan kami lakukan, akan ada unsur kejutan di sini,” kata Netanyahu lagi dalam sidang media itu.
Pada Ahad malam, jutaan rakyat Israel melakukan demonstrasi dan mogok umum yang terbesar di seluruh Israel menuntut kerajaan bersetuju dengan perjanjian untuk mendapatkan pembebasan tebusan yang dipegang oleh Hamas.
Demonstrasi itu disifatkan sebagai "lautan tunjuk perasaan tidak berkesudahan" apabila disertai oleh sekurang-kurangnya 700,000 orang. - Agensi
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Netanyahu mohon maaf
#enam tebusan Israel
#demonstrasi Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan