awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang dipecat, bekas pekerja bakar pejabat

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2024
01:10 MYT
Berang dipecat, bekas pekerja bakar pejabat
Agus mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan. - Foto Sinar Harian/Agensi
LAMPUNG: Berang dipecat, seorang bekas pengawal keselamatan membakar sebuah pejabat dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Suspek dikenali sebagai Agus Rahmat, 38, didapati membakar Pejabat Perkhidmatan Cukai Kotabumi, Lampung Utara, yang dipercayai dilakukannya secara bersendirian.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Lampung Utara, AKP Stefanos Reinaldo Nuswantoro Boyoh, berdasarkan rakaman kamera tertutup (CCTV), suspek dillihat memasuki pejabat itu sebelum membakarnya.
"Suspek mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan.
"Dia dipecat daripada jawatannya sebagai pengawal keselamatan sejak Ogos 2024, jadi dia berdendam dan mahu membalasnya," katanya kepada wartawan pada Rabu.
Stefanos berkata, akibat daripada perbuatannya itu pejabat itu rosak teruk sementara dianggarkan wang sebanyak Rp 500 juta (RM140,000) turut hangus.
Agus berjaya diberkas di rumahnya di Kelurahan Rejosari, Kecamatan Kotabumi, polis kini menyiasat lanjut untuk memastikan semua fakta adalah benar dan mendalami motif sebenar kejadian. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#bakar pejabat
#dipecat
#Agus Rahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan