awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2025
05:50 MYT
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Mangsa didapati telah meninggal dunia akibat melecur teruk. - Gambar hiasan
SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
Menurut laporan polis, kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi apabila pemilik rumah sewa, Riyazuddin terdengar jeritan mangsa, Mohammad Aleem, 55.
"Ketika saya cuba pergi ke bahagian teres di mana Aleem tinggal bersama anaknya, saya mendapati pintu bilik mereka berkunci dari luar.
"Dengan bantuan jiran, saya berjaya sampai ke teres dan melihat bilik itu terbakar manakala Aleem menjerit meminta tolong dari dalam," katanya.
Apabila pintu berjaya dibuka, Aleem didapati telah meninggal dunia akibat melecur teruk, manakala anaknya melarikan diri dengan melompat ke rumah jiran berdekatan.
Menurut pegawai polis, sebelum kejadian, Aleem telah menegur anaknya kerana dipercayai mencuri wang dari poketnya.
Dalam keadaan marah, dipercayai remaja itu telah menyimbah bahan mudah terbakar ke atas bapanya sebelum menyalakan api.
Pihak polis telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Aleem yang berasal dari Mirzapur, Uttar Pradesh, berpindah ke Faridabad bersama anaknya pada September tahun lalu.
Dia bekerja mengumpul derma untuk tempat ibadat dan menjual kelambu serta barangan lain di pasar mingguan.
Isterinya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu, manakala empat anaknya yang lain sudah berkahwin dan tinggal berasingan.
Pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan mengambil keterangan daripada saksi bagi melengkapkan siasatan. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#kes jenayah
#bakar bapa
#Mencuri
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan