awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berdepan campur tangan ketenteraan, India minta rakyatnya tinggalkan Niger

Bernama
Bernama
11/08/2023
23:30 MYT
Berdepan campur tangan ketenteraan, India minta rakyatnya tinggalkan Niger
Ribuan peserta berhimpun bagi menyertai tunjuk perasaan di Niamey, Niger pada 3 Ogos lalu. Gambar REUTERS
NEW DELHI: India pada Jumaat meminta rakyatnya meninggalkan Niger kerana negara Afrika Barat itu berdepan kemungkinan campur tangan ketenteraan serantau.
"Berikutan situasi semasa, warga India yang kehadiran mereka tidak penting dinasihatkan untuk meninggalkan negara ini secepat mungkin. Mereka mungkin ingat ruang udara kini ditutup. Apabila bergerak melalui sempadan darat, langkah berjaga-jaga mungkin diambil untuk memastikan keselamatan dan keamanan," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan.
Kementerian itu berkata kerajaan India "memantau rapi perkembangan semasa di Niger."
Jurucakap kementerian luar Arindam Bagchi berkata 250 warga India yang tinggal di Niger selamat.
Pemimpin daripada Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) pada Khamis berkata mereka telah bersetuju untuk mengerahkan pasukan tentera dalam keadaan "siap siaga" "untuk memulihkan perintah perlembagaan di Republik Niger".
Presiden Niger Mohamed Bazoum, yang digulingkan dalam rampasan kuasa pada 26 Julai, dikenakan tahanan rumah.
Tindakan ketenteraan Ecowas yang dicadangkan di Niger mendapat sokongan daripada Perancis, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, tetapi negara jiran Mali dan Burkina Faso telah memberi amaran terhadap campur tangan luar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Niger
#Presiden Mohamed Bazoum
#negara Afrika Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan