awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IS beri ancaman baru bunuh tebusan warga Jepun

Agensi
Agensi
29/01/2015
03:05 MYT
IS beri ancaman baru bunuh tebusan warga Jepun
Rakaman selama tiga minit itu tersebar luas di laman Internet sejak ia mula disebarkan Ahad lalu. - Gambar Fail
Kumpulan IS menggunakan tebusan Jepun, Kenji Goto untuk menyampaikan satu ancaman terbaru untuk membunuh juruterbang Jordan, melainkan pihak Amman menyerahkan seorang pejuang jihad wanita sebagai pertukaran kepada mereka sebelum matahari terbenam Khamis, lapor kumpulan pengawasan SITE Intelligence.
Ancaman terbaru ini timbul selepas Jordan menyatakan yang kerajaan sedang berada dalam keadaan siap siaga untuk menukar pengebom berani mati, Sajida-al-Rishawi dengan juruterbang Maaz al-Kassasbeh selepas kumpulan militant itu menyatakan tarikh luput untuk membunuh Maaz dan Goto telah tamat tempoh.
“Saya Kenji Goto Jogo. Ini adalah rakaman peti suara yang saya telah diarahkan untuk hantar kepada kamu,” kata wartawan Jepun tersebut dalam satu rakaman yang dipercayai diedarkan melalui akaun Twitter kumpulan IS.
“Jika Sajida al-Rishawi belum bersedia untuk menukar nyawanya dengan saya di sempadan Turki sebelum matahari terbenam Khamis (Januari 29), waktu Mosul, juruterbang Jordan Mia’dh al-Jasaben (Maaz al-Kassasbeh) akan dibunuh serta-merta,” kata Goto dalam satu transkrip yang dikeluarkan SITE.
Jepun sudah meminta bantuan Jordan untuk melepaskan Goto dari tahanan IS semenjak satu video yang memaparkan seorang tebusan rakyat negara itu dihukum pancung oleh kumpulan negara IS itu.
Rakaman selama tiga minit itu tersebar luas di laman Internet sejak ia mula disebarkan Ahad lalu.
Topic Berkaitan
#IS
#Jordan
#Kenji Goto
#Maaz al-Kassasbeh
#Sajida al-Rishawi
#site intelligence
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan