ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 13 Jun 2020.

1) COVID-19: Kebimbangan gelombang kedua meningkat di kala pelonggaran sekatan

Pakar kesihatan seluruh dunia menyatakan kebimbangan sebelum ini bahawa beberapa negara bergelut dengan kesan ekonomi akibat arahan tinggal di rumah mungkin melonggarkan sekatan terlalu cepat.

2) WHO official says concerned that many countries are still on upswing of pandemic

World Health Organisation (WHO) said on Friday that it is concerned that many countries, particularly the global south, are still on the upswing of the COVID-19 pandemic, and again called for global solidarity to overcome difficulties for "over 100 years."

3) COVID-19: Korban di AS hampiri angka kematian warga Amerika ketika WW1

Menurut data Johns Hopkins University, setakat 11 pagi, pada Sabtu, negara itu merekodkan angka jangkitan dan kematian tertinggi di dunia dengan 2.04 juta kes positif dan 114,672 kematian.

4) Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami

Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

5) Lambakan lebih 20 juta topeng muka kain di Perancis

Semasa kes COVID-19 memuncak di Perancis, syarikat pengeluar topeng muka boleh cuci itu bertungkus-lumus menghasilkan jutaan alat perlindungan berkenaan untuk mengekang penularan virus berkenaan.

6) Lima pelajar Thailand yang pulang dari Arab Saudi pesakit terbaharu COVID-19

Pusat bagi Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) memaklumkan bahawa lima pesakit baharu itu adalah pelajar berusia antara 21-26 tahun dan sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di kemudahan negeri di Chachoengsao dan Samut Prakan.

7) COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat, lepasi angka 37,000, kematian 2,091

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari Jumaat sehingga 12 tengah hari Sabtu, sebanyak 1,014 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dicatat dengan 43 lagi kematian berlaku.

8) Kaitan punca COVID-19, penyelidik di Thailand mulakan kajian spesies kelawar

Para penyelidik di Thailand mula menghimpunkan sampel daripada sejenis kelawar untuk menguji sama ada kewujudan spesies itu membawa ancaman kepada penduduk tempatan.