ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 28 Jun 2020.

1) COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, Jokowi ugut rombak Kabinet

Presiden Indonesia, Joko Widodo bersedia untuk melakukan rombakan Kabinet atau membubarkan mana-mana agensi kerajaan yang tidak berkhidmat secara maksimum bagi menentang penularan pandemik COVID-19 di negara itu.

2) COVID-19: 54,010 kes positif, 2,754 kematian di Indonesia

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 54,010 kes, dengan 34 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

3) 13 tarikan di Singapura beroperasi semula secara berperingkat mulai 1 Julai

Taman tema Universal Studios Singapore (USS) dan kasino di Resorts World Sentosa dan Marina Bay Sands, antara 13 tarikan di Singapura akan beroperasi semula secara berperingkat mulai 1 Julai.

4) COVID-19: Thailand tiada kes baharu atau kematian untuk dua hari berturut-turut

Thailand mencatatkan dua hari berturut-turut tanpa sebarang kes baharu dan korban, menjadikan jumlah kes keseluruhan kekal pada 3,162 dengan lima kematian.

5) Kes COVID-19 di India lepasi angka 500,000

India melaporkan lebih daripada 18,000 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif di negara itu melebihi angka setengah juta.

6) Kes COVID-19 di AS kini melepasi angka 2.5 juta

Berikutan perkembangan terbaharu itu, negara berkenaan terus bergelut untuk pulih dengan peningkatan jangkitan di beberapa negeri.

7) Pemimpin dunia sertai acara kumpul dana basmi COVID-19

Antara yang menyertai acara ini termasuk Perdana Menteri New Zealand, Kanada, Perancis, Sweden dan Korea Selatan.

8) Pemimpin pembangkang menang Pilihan Raya Presiden Malawi

Pemimpin pembangkang Malawi, Lazarus Chakwera menang undian semula bagi pemilihan Presiden negara itu.

9) Hasil karya seni Banksy dicuri, polis Perancis tahan enam suspek

Karya dalam bentuk mural itu, yang memaparkan seorang wanita berkerudung, ditemukan di sebuah rumah ladang di Itali awal bulan ini selepas dilaporkan hilang lebih setahun yang lalu.

10) Kucing jadi wira selamatkan warga emas tersekat dalam terusan

Di Jepun, seekor kucing betina bernama Koko berjaya membuktikannya sehingga ia dianggap sebagai wira dan dikurniakan anugerah daripada Balai Polis Toyama Minami.