ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 17 Julai 2020.
1) Wilayah Victoria lapor 428 kes baharu COVID-19
Wilayah Victoria di Australia merekodkan 428 kes baharu COVID-19 ketika pihak berkuasa meningkatkan ujian bagi memantau penularan dari Melbourne.
2) Dua juta penduduk China diarah pindah susulan banjir kilat, tanah runtuh
Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan selepas hujan lebat di perbandaran Chongqing, barat daya China yang turut mengakibatkan tanah runtuh dan banjir pada Khamis.
3) Ombak besar sebabkan hakisan pantai di Sydney
Ombak besar yang membadai pantai Australia di utara Sydney menyebabkan hakisan pantai yang teruk serta memaksa beberapa penduduk tempatan untuk mengosongakan kediaman mereka yang terletak di tepi laut.
4) Ancaman wabak COVID-19 di Korea Selatan semakin terkawal
Korea Selatan optimis penularan wabak COVID-19 di negara tersebut terkawal walaupun terdapat peningkatan jangkitan secara mendadak melibatkan kes import.
5) Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 83,130, kematian 3,957
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 83,130 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,462 dalam tempoh 24 jam.
6) COVID-19: 327 kes baharu di Singapura, sembilan jangkitan dalam komuniti
Singapura mencatatkan 327 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan sembilan kes merupakan jangkitan dalam komuniti, menjadikan angka keseluruhannya berjumlah 47,453.
7) British Airways henti perkhidmatan Boeing 747
British Airways (BA), pengendali terbesar Boeing 747 di dunia, memaklumkan pada Khamis bahawa ia akan menghentikan perkhidmatan pesawat itu dengan segera susulan kemerosotan industri pelancongan akibat COVID-19.
8) Ibu bapa 'galak' berlumba, anak maut kemalangan
Seorang bayi lelaki berusia setahun terbunuh dalam satu nahas di Las Vegas, dipercayai berlaku gara-gara ibu bapanya memutuskan untuk 'berlumba' di jalan raya.
9) Muka Johnny Depp lebam didedahkan di Mahkamah Tinggi Britain
Mahkamah Tinggi Britain pada Khamis mendedahkan foto muka bintang Hollywood, Johnny Depp dalam keadaan lebam, di tengah-tengah dakwaan bahawa dia ditampar oleh bekas isterinya, Amber Heard.
10) COVID-19: Kes kematian global melebihi angka 588,000
Jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia melebihi angka 588,149 kes.
Isabelle Leong
Fri Jul 17 2020

Ikuti berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 17 Julai 2020.

Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Walaupun disifatkan sebagai reformasi oleh Perdana Menteri Narendra Modi, namun ia sebenarnya menyusahkan petani jana pendapatan.

UMNO atau Bersatu? Keputusan Hadi Awang tentu hala tuju Pas - Ilham Centre
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, ketika ini pemimpin dalam Pas sendiri berselisih pendapat dalam membuat keputusan terbaik demi survival parti itu.

Program Vaksinasi COVID-19 di Miri bermula hari ini
Program melibatkan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Hospital Miri, Hospital Marudi, Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Bekenu, dan Dewan Suarah Marudi.

Kesemua 82 ADUN di Sarawak akan terima suntikan vaksin Phizer BioNTech
Kesemua ADUN akan menerima suntikan vaksin secara berperingkat bergantung kepada pelaksaan program tersebut di bahagian masing-masing.

Terapkan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja - Lam Thye
Rakyat Malaysia diingatkan agar sentiasa menerapkan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja termasuk di tapak pembinaan.

Laporan kebakaran kabel TNB bawah jambatan Pulau Pinang siap
Laporan lengkap kebakaran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.2 yang terbakar minggu lepas telah siap sepenuhnya dan dihantar kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini.

80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy
Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.

Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang
Annuar berkata tiada keperluan untuk Zahid secara "diam-diam berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama" dengan Bersatu.

Takut, berdebar terima mesej daripada Tan Sri Dr Noor Hisham - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata lebih menakutkan apabila kes harian dan kematian direkodkan pada angka tinggi pada hari tertentu.

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk mengadakan sidang Parlimen pada waktu terdekat.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.