ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 28 Julai 2020.
1) Kes positif COVID-19 di Indonesia 102,051, kematian 4,901
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 63 lagi kematian dicatatkan, manakala kes positif baharu adalah sebanyak 1,748 kes.
2) COVID-19 di Singapura: 359 kes baharu, kebanyakan berlaku di asrama pekerja
Pertambahan kes itu menjadikan jumlah jangkitan di republik berkenaan kini mencecah 51,197 kes.
3) Ratusan rakyat Filipina terkandas di stadium, rayu untuk penghantaran pulang
Sebilangan besar mereka adalah sebahagian rakyat Filipina yang kehilangan pekerjaan akibat penularan COVID-19.
4) COVID-19: India buka tiga kemudahan baharu untuk saringan pandemik
Kemudahan di New Delhi, Mumbai dan Kolkata itu mampu menganalisis sehingga 10,000 ujian sehari.
5) Sekatan baharu pelancong di Asia, Eropah susulan gelombang kedua COVID-19
Sekatan perjalanan ini dikenakan susulan gelombang kedua COVID-19 yang kembali melanda dan dijangka memberi kesan buruk kepada sektor pelancongan.
6) Britain tegaskan laksana perintah kuarantin 14 hari
Britain menegaskan akan tetap melaksanakan perintah kuarantin selama 14 hari kepada pelancong yang pulang dari Sepanyol.
7) COVID-19: Sekatan perjalanan sahaja tidak memadai untuk kekang pandemik - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa mengenakan sekatan perjalanan sahaja tidak mencukupi untuk mengekang COVID-19 kerana virus itu ada di mana-mana.
8) COVID-19: Pakistan gesa orang ramai beli haiwan korban dalam talian
Arahan penjarakan sosial seperti yang diarahkan kerajaan tahun ini termasuk operasi setengah hari, menyaksikan penurunan pelanggan di pasar yang kebiasaannya sesak dengan pengunjung.
9) Penasihat Kanan Trump positif COVID-19
White House mengesahkan Penasihat Kanan Keselamatan Presiden, Donald Trump diuji positif COVID-19.
Robert O'Brien, 54, kini dikuarantin dan bekerja dari rumah.
10) EPL: Jurgen Klopp dinamakan pengurus terbaik
Klopp mengemudi The Reds sehingga berjaya menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Jul 28 2020
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 28 Julai 2020.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
AWANI Tonight: Australia to charge tech companies for news content
Australia is set to introduce new rules that will penalise big tech companies if they don't compensate Australian media outlets for news content on their platforms.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".